Pages

ما جادلت أحدا الا تمنيت أن يظهر الله الحق على لسانه - الإمام الشافعي


"Aku tak berdebat dengan seseorang melainkan aku mengharapkan Allah menyatakan kebenaran di atas lisannya" -Imam Syafi'e-

Saturday, November 14, 2009

Tiba2 rasa nak komen PMRAM




Firman Allah: “Dan janganlah kamu ikuti perkara yang kamu tiada pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan jiwamu, setiapnya akan ditanya”        (al-isra’:36)


Mula2 aku sampai Mesir tahun 2006 dulu, ramai senior2 yg tanamkan perasaan benci aku kpd PMRAM. Walaupun begitu, aku tetap yakin dan percaya bahawa PMRAM lah akan mnjadi ‘saviour’ kepada seluruh mahasiswa di Mesir suatu hari nanti…aku pernah menjadi ejen kpd ahli2 PMRAM di rumah n9 kaherah ketika pilihanraya kecil diadakan untuk melantik YDP dan ahli exco rumah negeri..ini adalah tanggungjawabku untuk memastikan masa depan Islam terus bercahaya di kediaman ini!!

Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari..tahun 2008, aku jadi ahli UMNO kaherah dan terus naik jd Exco seterusnya melancarkan perang saraf terhadap PMRAM..(saraf2 aku banyak yg rosak dlm peperangan ini..)
Shoot…nasib aku malang, UMNO semakin lemah lepas pilihanraya Mac 2008, BN hilang 5 negeri jajahan di Malaysia. Aku redho dan pasrah, oleh itu aku resign dari jwtan exco pd tahun 2009 untuk bergiat secara individu..

Atuk aku selalu pesan, die kata “you will never know something until you rub your nose with it”..setelah menggosok hidung ku di tempat2 seperti ini, barulah aku tau, kedua2 pihak ada betul, ada salah…yg penting kita jgn jd ekstrimis mana2 pihak..
Berfikirlah secara Adil dan bertindaklah secara Adil..ianya lebih di tuntut dlm islam drpd mengiakan kata2 pimpinan yg kononnya ‘alim, siqoh dan kacak tu..

Student melayu di Al-Azhar amnya sangat berpengetahuan luas dlm segi hukum halal haram, sunat wajib dan makruh harus..tetapi cara berfikir yang lurus dan satu hala membuatkan mereka kelihatan begitu jumud dan slow ketika dunia sedang memperkatakan tentang globalisasi dan liberalisasi..

Bagi mereka hanya ada hitam dan putih, jika salah satu benar, satu lagi mesti salah..lg senang kalo bg contoh : kalau PAS betul, UMNO mesti salah..what a shallow..macam tu je ke seorang mahasiswa berfikir??..selekeh beb..

Seruan ke arah pemikiran yang pelbagai tetapi masih fundamental (masih berdasarkan nas quran dan sunnah) patut didokong oleh pelajar2 yg menuntut di peringkat University apatah lagi sekiranya mereka berada di oversea dan bukan ditolak, ditohmah, lalu mengatakan “ini salah..” “ini sesat..”

As long mereka bergerak dalam jamaah yang tidak menyalahi Al-Quran dan Sunnah apatah lagi ianya diasaskan utk memperkasa jamaah Islamiyah tidak sepatutnya kita memusuhi dan sentiasa mengkritik gerakan itu..lebih jelas lg kalau aku katakan bdk2 PMRAM ni tak payahla nak kutuk ISMA ke, ABIM ke.. pantang diorg aktif cket, korang nak jeles..korang je ke yang betul?

kata Ibn Mas’ud: ‘Jamaah itu ialah bersama yang benar walau engkau berseorangan.’

Kita kena sedar dalam dunia akademik, percambahan dan kematangan sesuatu perkara itu berlaku apabila terdapat perselisihan tentangnya..apabila jelas kesesatan sesuatu gerakan itu, kita sisihkan. Perlu diingat bahawa ia jelas sesat apabila menyalahi Quran dan Sunnah bukan sbb tak kene dgn selera kita atau tok guru kita atau kumpulan kita lalu kita ‘cop’ sesuatu kumpulan itu sesat..

Komen tentang PMRAM?

Positive : Satu persatuan yang bagus dan mantap dari segi program yang dianjurkan, pentadbiran dan ekonominya.
Negative : cuba meng’conquer’ semua student di Mesir supaya tunduk kepadanya kerana merasakan diri satu2nya persatuan yg Islamic dan perlu ditaati.

Komen tentang Ahli PMRAM?

Positive : memiliki ahli2 yang sanggup bekerja tanpa upah demi memertabatkan PMRAM.
Negative : merasakan diri sendiri sahaja yang benar dan mahu mengajak orang lain supaya mengikutinya.

Komen tentang exco PMRAM?

Positive : memiliki ciri2 sbg seorang pemimpin dan kebanyakannya berkhidmat dgn cemerlang sbg seorang exco.
Negative : berlagak seperti seorang exco kerajaan negeri yang mendapat gaji dan elaun puluhan ribu.


Komen tentang JPMK yang membatalkan majlis Kutub Sittah di ACC dan mencurik banner DESAK?

Untuk JPMK : Ade kuasa lalu menggunakan kuasa atas sbb provokasi pihak pembangkang.

Untuk PMRAM : tiada kuasa tetapi berlagak seperti berkuasa lalu ditindas..

Untuk DESAK : tak perlulah buat kerja bodoh ni lain kali sbb memorandum anda pasti tidak akan dilayan pihak atasan..

p/s: “sume salah, aku je yg betul..” kata penulis lalu pergi membasuh kaki dan masuk tidur.. “so long and good nite!!”

2 comments:

  1. pehal lak lu kutuk pmram beb?? lu mcm best jek..

    ReplyDelete
  2. membasuh kaki??apa nas basuh kaki sblm tidor??

    ReplyDelete