Pages

ما جادلت أحدا الا تمنيت أن يظهر الله الحق على لسانه - الإمام الشافعي


"Aku tak berdebat dengan seseorang melainkan aku mengharapkan Allah menyatakan kebenaran di atas lisannya" -Imam Syafi'e-

Tuesday, November 24, 2009

AZAN SEBELUM BERMUSAFIR? PERLU KE?

“Siapa yang mengada-adakan perkara pada urusan agama ini apa yang bukan dari kami maka dia tertolak” (riwayat Bukhari dan Muslim)




example given : Azan waktu keluar dari rumah sebelum bertolak ke Mekah, student melayu yang hendak pulang ke Malaysia selepas graduate di Al-Azhar juga tak melepaskan peluang melakukan pekara yang sama.

Problemnya, mana datangnya budaya ni?? bukankah Azan ni termasuk dari perkara ‘ta’abbud’ (yang berkaitan dgn ibadah)??

Penjelasan:

-Ibadat bermula dengan ‘Haram’, haram melakukan ibadat melainkan ada Nas Al-Quran atau Hadis yang menyuruh kita untuk melakukannya.
-Ini berlawanan dengan perkara Mu’amalat (bersifat kehidupan seharian) ia bermula dengan ‘Harus’, harus melakukan/ makan/ main sesuatu sehingga jelas ada Nas yang mengharamkannya.

AZAN

1)Sebab di Syariatkan Azan:

Sepertimana yang kita tau, Azan disyariatkan untuk menyeru manusia supaya berkumpul untuk tunaikan solat menggantikan loceng (sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, At-Tirmizi, Ibnu Majah, Ahmad dan Ibnu Khuzaimah dari Abdullah Bin Zaid Bin Abdi Rabbih)

2)Definisi kebanyakan Ulama’ tentang azan:

“Pemberitahuan tentang masuknya waktu solat, dengan lafaz-lafaz yang tertentu, sebagai seruan untuk berjamaah, menzahirkan Syiar Islam.”
(Fiqh Sunnah, Sayyid Sabiq)

3)Kesimpulan:

Azan ni memang tiada kait mengait dengan bermusafir atau selainnya, ia hanya berkait rapat dengan Solat. So, janganlah kita jadi orang yang menambah2 syiar ummat Islam ni di tempat2 yg x sepatutnya…naik kapal terbang pun nak azan, kapal laut pun azan jgk, nk pegi jauh cket pun azan…etc.

Aku tertarik dengan ulasan bekas mufti Mesir Syeikh Muhammad ‘Abduh di dalam kitab (Al-Khaniyyah) ketika mengulas zikir dan selawat pada awal atau akhir azan :
“dan apa-apa yang di sebut selepas atau sebelum azan semuanya adalah dari orang2 yang membuat bid’ah, melakukannya untuk membuat kesalahan, tiada sebab lain, tiada seorang pun yang mengatakan boleh kesalahan mcm ni, tiada teladan bagi siapa yg mengatakan ‘perkara seperti ni adalah bid’ah hasanah’, kerana bid’ah dalam ibadat seperti ini adalah keji…”

Ini adalah ulasan seorang ‘Alim berkenaan hanya menambah selawat dan zikir sebelum/selepas azan, macamana pula dengan mengumandangkan Azan bukan di tempat dan waktunya??

Moral:   hang pikiaq la sendiri…

1 comment:

  1. maknanya, masa budak lahir, xleh azan la ea??
    pe cite ni??

    ReplyDelete