Pages

ما جادلت أحدا الا تمنيت أن يظهر الله الحق على لسانه - الإمام الشافعي


"Aku tak berdebat dengan seseorang melainkan aku mengharapkan Allah menyatakan kebenaran di atas lisannya" -Imam Syafi'e-

Friday, April 30, 2010

Bersihkan Imej Agama Dari Segala Kepalsuan.

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr, sabda Nabi s.a.w:
 "بلغوا عني ولو آية, وحدثوا عن بني اسرائيل ولا حرج, ومن كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار"

صحيح البخاري))

Makna hadis: “Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat, dan Ceritakanlah apa yang menjadi I’tibar mengenai Bani Israel (kejadian yang benar atau yang tidak diketahui salah - lafaz imam Syafie) dan tidak mengapa kalau tidak menceritakannya, dan Sesiapa yang berdusta ke atasku secara sengaja,maka dia sedang menyediakan tempat duduknya di dalam Neraka.


Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani ketika mensyarahkan frasa yang terakhir (..ومن كذب علي)berkata:


“Telah sepakat para ‘ulama tentang pendustaan kepada Nabi s.a.w. adalah termasuk dari Kabair(dosa-dosa besar).dan amat jahillah dakwaan sebahagian ahli zuhud yang menganggap pendustaan ke atas nabi itu harus dalam perkara-perkara yang menguatkan urusan agama.kerana sesungguhnya wa’iid (janji buruk)dari nabi ini ke atas sesiapa yang sengaja berdusta ketika menaqalkan apa-apa dari nabi samada untuk kebaikan atau keburukan.Segala puji bagi Allah sesungguhnya agama itu telah sempurna dan tidak perlu dikuatkan lagi dengan perkara-perkara yang dusta.


(Fathul bari oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani, Dar Misr lit thiba’ah)


Kecilkan Skop - Kita orang melayu ni sering mengajar anak cucu kita dengan pembohongan, contoh.:
1- Cara ajar supaya tidak keluar malam: “ko keluar la malam ni, nenek kebayan ada kt pondok tepi surau tu malam2 mcmni la..”
2- Cara ajar supaya duduk elok2: “jangan duduk atas bantal ! bisul buntut tu nanti..”
3- Cara mententeramkan dapur dari suara2 sumbang: “nyanyi time2 masak ni orang cakap kawen dgn orang tua..”


Begitulah kita ni, akhirnya anak-anak kita membesar dengan perkara2 yang salah dan khurafat.


So, saya dengan ‘humble’nya menyeru family and friends supaya kita bersihkan segala tipu helah dan kepalsuan yang membelenggu kita selama ini, tak kiralah ianya untuk kebaikan atau kebajikan. Sama-samalah kita sebagai 21st century generation ni bangun membetulkan kesalahan2 yang lama. Sekian.


p.s: aritu org arab tanya aku: “simpang mana jalan pergi ke Morog? aku cakap “belok kiri..” konfiden jek.. padahal Morog pun aku xtau kt mana..ha3..! xmo tipu lagi lps ni..insap2.

Wednesday, April 28, 2010

you are so going down..

1-Sebahagian orang x rasa sensatif dgn cerita2 rekaan yg kelihatannya agak *bodoh* cuba mengaitkan nama Allah, para rasul dan anbiya'..though diorang ni student agama.(umum)

2- cerita2 rekaan yg berunsur agama ini kononnya nak memberi 'targhib'(galakan) dalam ibadah, menambahkan rasa cinta seseorang kpd sang pencipta n etc ni akhirnya akan menjadi cerita2 bodoh yang akan dipertikai org2 kafir dan orientalis, example given: " Nabi Sulaiman dan sang kancil" "nasihat Luqman kepada si Joha"..

3-Kehebatan seorang nabi (Sulaiman a.s) yang diberi Allah mu'jizat menguasai kerajaan yang besar dan tidak ada manusia akan pernah menguasai sepertinya(menguasai jin dan manusia) akhirnya menjadi bahan lucu kanak2..

4-Begitulah seterusnya, cerita2 rekaan yang cuba mengaitkan mimpi,ilham,berkata2 dgn Allah,berjumpa nabi,bertanya malaikat ini semua akhirnya hanya memburukkan agama..

5-Matlamat Targhib(galakan) kepada agama itu benar..jalannya salah,kerana ianya rekaan dan bohong dan palsu. 'the end not justify the mean"

6-Antara tanda2 Hari Qiamat sabda Nabi s.a.w: "..Berkata ketika itu golongan Ruwaibidhoh.ditanya apa itu ruwaibidhoh?nabi menjawab: Orang selekeh berkata tentang hal-hal orang ramai"

p.s 1: for me article "xyah nak josh sgt" orang yang agak selekeh dlm hal agama disebabkan beberapa statement didalamnya dan sepatutnya tidak diketengahkan..

p.s 2 : nothing personal, i love deen Islam..im gonna stand for it whatever it takes..luv u too..

Tuesday, April 27, 2010

menggelabah jek..


Aku teringat dgn pepatah arab:

“orang yang kelam-kabut tu tiada laluan yang boleh dia dipintas, dan kedudukan yg boleh dia tetap”

kenapa perlu kelam-kabut?
bagi orang2 yang cool dan awesome mcm aku, perkara2 ni jarang berlaku dalam apa jua situasi..

Contoh 1  :
Situasi: AZAN BERKUMANDANG……
Reaksi budak nakal :   
eh, dah masuk waktu isya’? sambil buzz! Buzz! awek2 kt chatroom..Qomat kang baru la amik air smayang..Eh dah qomat? La..sape  pulak dlm bilik air waktu2 kritikal mcmni…?  Bai!! Cepat la cket..!!lalu bergegas amik air semayang cepat2 dan terus lari pegi surau..angkat takbir mengah2 sdg imam sudah bertahiyyat akhir..

Reaksi budak cool :
 eh,baru nak azan? sambil log-in fesbuk..hari ni rasa macam jahat je..esok2 je la semayang  jemaah..


Contoh 2 :
Situasi: BULAN DEPAN EXAM….
Reaksi budak lain:
 esok mula study!! ish..Kalaulah bulan lepas dah start study…mesti cair gila skang nih..

Reaksi budak cool: 
Hari khamis ade kelas x? Berapa harga kitab ko tu eks..?
                               
 p.s:  what?? tambang gi  kuliah dah naik?

Wednesday, April 21, 2010

Friday, April 16, 2010

isu panggilan AYAH!!

1. 2 buah keluarga duduk rumah yang sebelah-menyebelah
 
2. anak keluarga masing2 memanggil bapa mereka dgn "AYAH" dan "ABAH"

3.  satu hari, keluarga yang memanggil nama bapa mereka dgn pggilan "ABAH" telah menukar pggilan itu kpd "AYAH" akibat terpengaruh dgn jiran rumah sblh..

4. keluarga yg mmg dr awal mggunakan pggilan "AYAH" td telah membangkang perbuatan jiran sblh ini dgn meminta mereka utk menukar semula kpd pggilan "ABAH" .

5. bila ditanya kenapa?

mereka menjawab:
"takut anak2 saya ni keliru dgn pggilan baru itu lalu menyangka awak adalah bapa mereka"

p/s: kita umat yg keliru ...