Pages

ما جادلت أحدا الا تمنيت أن يظهر الله الحق على لسانه - الإمام الشافعي


"Aku tak berdebat dengan seseorang melainkan aku mengharapkan Allah menyatakan kebenaran di atas lisannya" -Imam Syafi'e-

Thursday, July 22, 2010

Tolak Rasuah Punca Hidayah

'Utbah bin Rabi'ah sblm memeluk islam pernah cuba merasuah Rasulullah s.a.w. supaya mghentikan dakwah baginda ketika melihat bilangan Sahabat yg semakin bertambah dan dengan keislaman saidina Hamzah. antara kata2nya ialah:

يا ابن أخي إن كنت إنما تريد بما جئت به من هذا الأمر مالا ، جمعنا لك من أموالنا ، حتى تكون أكثرنا مالا ، وإن كنت تريد 
به شرفا سودناك علينا ، حتى لا نقطع أمرا دونك ، وإن كنت تريد به ملكا ملكناك علينا

terjemahan: 'wahai anak saudaraku, kalau harta yang kau kehendaki drpd dakwah ini, akan kami kumpulkan harta2 kami sehingga hartamu jadi lebih byk dr kami. jika kemulian yg kau mahukan, akan kami jdkn kau ketua kami shingga kami tidak akan putuskan apa2 keputusan tnpamu. jika kerajaan yg kau mahukan, akan kami jadikan kau raja kami.'

lalu Rasulullah membacakan ayat 1-5 daripada surah Al-Fussilat lalu beliau terdiam dan selepas daripada itu memeluk islam.


**********************

ambillah pengajaran bagi golongan agamawan hari ini...apabila kita ni pndai ceramah cket, mula ade pengaruh, org akan tawar mcm2 jawatan kt kite...kalo jawatan2 itu x mghalang untuk kita terus bercakap benar dlm myampaikan mesej islam itu tidaklah mengapa...amatlah malang jika perkara yg berlaku adalah sebaliknya.ingatlah, tindakan yg jujur mampu mendorong hati yg zalim ke jalanNya..

Saturday, July 3, 2010

SEJARAH KITA YANG DIREKA!



‘ Kebanyakan mereka yang bercerita tentang kebesaran islam dan keadilannya, serta keteguhanya dalam kehidupan masyarakat islam terhenti sekadar zaman Khulafa’ ar-Rasyidin.Mendiamkan tentang cerita yang berlaku selepas itu seolah-olah hampir tiada langsung kebaikan atau kesempurnaan pada zaman selepasnya.


Sejarah adalah sebagai ingatan bagi satu-satu Umat, maka musuh-musuh Umat itu akan cuba memadamkan ingatan itu dengan memisahkan masa lampau dan melupakan kemuliannya. Sejarah juga perkara asas dalam mendidik anak-anak Umat, lebih-lebih lagi Umat yang mempunyai sejarah yang cemerlang…’ sinopsis kitab Tarikhuna Al-Muftaro ‘Alaih oleh Yusuf Al-Qorodhowi.




Doktor kesayangan ummat hari ini dalam bukunya berjaya menjawab beberapa penyelewengan sejarah umat islam yang bukan sahaja tulisan dan dakwaan para orientalis barat malah tulisan pemikir-pemikir islam dari negara islam itu sendiri!! antaranya:


1- Jawapan bagi dakwaan Syari’at Islam hanya bermula ketika era pemerintahan Umar al-Khattab.


2- Jawapan bagi dakwaan Hajjaj bin Yusuf as-Saqofi (gabenor bani Umayyah)yang tidak melaksanakan syariat islam.


3- Tentang tuduhan terhadap Umar bin Abd Aziz yang jahil dengan politik dan urusan pejabat.


4- Tentang perkataan Maududi yang keterlaluan tentang sejarah umat islam.


5- Tentang Sirah Mu’awiyah.


6- Dan banyak lagi..


Apabila bertimbun-timbun sangkaan buruk terhadap sejarah umat islam maka wujudlah syak terhadap agama islam itu sendiri..ini adalah antara punca kenapa cerdik pandai di barat dan di timur masih ragu tentang agama yang sangat jelas konsep akidahnya kalau nak dibanding agama-agama lain.


Kita amat memerlukan ‘ustad-ustad’ yang pakar dalam bidang mereka atau sekurang-kurangnya mampu menjawab persoalan-persoalan yang timbul seperti ini, bukan yang kuat tengok muvie, handal main bola, terer tangkap khalwat, suke buat lawak, hapal jalan mesir, hobi mendownload, pandai jual ubat, asyik wala’ dgn pmram dan Pas, suke maki org lain dan kutuk bangsa arab mesir …pastu bile update status fesbuk bajet ‘alim dan wara’….




**limakacawwaaa…!!** Cantonese stands for…I don’t know…but sounds gross.

Saturday, June 12, 2010

Amerika Akan Terus Bela Negara Haram Israel? Kenapa?



Malas tul nak tulis blog time2 pekse ni..however, I feel responsible to share a small information tentang kristianiti lepas tengok Christian Documentary yang bertajuk ‘Waiting for Armageddon’.


(Fun Fact: I dont feel I have more than 3 viewers who interested in my writings..poor me.)


Antara spekulasi2’ kenapa Amerika sentiasa bela Israel’ yang biasa kita dengar:


1- Ekonomi Amerika di kuasai Israel.
2- Politik mereka di kuasai oleh israel.
3- Amerika memiliki ramai penduduk Israel di sana.
4- Amerika Adik-beradik dgn Israel.
5- Mereka berdua adalah Dajjal.
6- Freemason?
7- Screw them! I don’t care!


I assume none of them are true accept the ‘number one’ according to American economy, but its also an assumption.. I can easily prove none of the reasons listed are true. Try me..


Macamanapun, aku membawa satu ‘fakta’ kenapa Amerika yang majoritinya Kristian pasti membantu tanah haram Israel dalam apa jua keadaan: (quoting dari bible bdasarkn tafsiran mulut paderi kristian)


1- Tertulis di dalam bible bahawa ‘Jesus’ akan turun di Jerusalem ketika Armageddon (pertempuran terakhir antara baik dan jahat sebelum kiamat – oxford dict.) yang mana keluar juga padanya ‘Satan’ dan ‘antichrist’.


2- Ketika keluarnya Jesus di Jerusalem, penganut kristian percaya bahawa negara itu sedang di kuasai oleh orang Israel dan ratusan ribu orang Israel akan memeluk kristian. (the bible clearly predict that in the centre of middle-east Israel must exist as a Nation on it’s original land at the Last Days –padre) (‘The land shall not be sold forever: for the land is Mine’ – Leviticus 25:23)


3- God tetap menyayangi kaum Israel kerana keturunan yg terus dari Abraham (Nabi Ibrahim) dlm ajaran kristian, buktinya : Setiap kuasa yang bangkit lalu memusuhi/menghapuskn kaum Israel telah tiada spt: Syrian, Babylon, Nazi..etc. tetapi Israel tetap ‘survive’ seolah2 mesej dr God bahawa Dia tetap menyayangi kaum ini walaupun mereka tidak menerima Jesus. (we wonder if the god still saying :‘they are the apple of my eye, I have put my blessing upon them, those who bless them will be blessed and those curse them i will judge -padre”


Kesimpulan: Sebab utama Amerika yang mempunyai majoriti penduduk beragama Kristian akan terus menyokong negara haram Israel adalah disebabkan faktor AGAMA KRISTIAN itu sendiri, di samping faktor2 yang lain.



******************************




Tahukan Anda?


1- Evangelical/Conservative Christian menyumbang sebanyak 75 juta USD setiap tahun kepada Israel.

2- Perbezaan Identiti antara Christian dan Jew adalah disebabkan Jew tidak menerima Jesus.

3- Ketika George W. Bush cuba bertegas dengan sikap buruk Israel, Conservative Christian melancarkan kempen email kpd presiden U.S.A. terhadap sikapnya itu yang dinamakan ‘One Hundred Thousand Evangelical’ dan White House selepas dr kejadian itu akan mendengar suara dari puak ini.


4- Batu yang terletak di dalam Masjidil Aqsa hari ini atau nama kristiannya “The Foundation Rock” dipercayai oleh kristian sebagai batu asas bumi sebelum God mencipta segala apa yang terdapat di bumi ini, demikian kepercayaan Jew.

5- ‘The Rapture’ bererti perjalanan orang2 Kristian ke langit untuk bertemu dengan God bersama Jesus ketika kemunculannya kali ke-2 –oxford dictionary






*****************************************


Seorang gadis kristian ketika ditemu ramah berkata: ‘I believe in ‘The Rapture’ and I always wanna be the part of it, but I want to be like 85, it doesn’t seem fair when you have grand-parents that live their long life and they have so much story to tell….’



*Idiot…!!*

Friday, April 30, 2010

Bersihkan Imej Agama Dari Segala Kepalsuan.

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr, sabda Nabi s.a.w:
 "بلغوا عني ولو آية, وحدثوا عن بني اسرائيل ولا حرج, ومن كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار"

صحيح البخاري))

Makna hadis: “Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat, dan Ceritakanlah apa yang menjadi I’tibar mengenai Bani Israel (kejadian yang benar atau yang tidak diketahui salah - lafaz imam Syafie) dan tidak mengapa kalau tidak menceritakannya, dan Sesiapa yang berdusta ke atasku secara sengaja,maka dia sedang menyediakan tempat duduknya di dalam Neraka.


Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani ketika mensyarahkan frasa yang terakhir (..ومن كذب علي)berkata:


“Telah sepakat para ‘ulama tentang pendustaan kepada Nabi s.a.w. adalah termasuk dari Kabair(dosa-dosa besar).dan amat jahillah dakwaan sebahagian ahli zuhud yang menganggap pendustaan ke atas nabi itu harus dalam perkara-perkara yang menguatkan urusan agama.kerana sesungguhnya wa’iid (janji buruk)dari nabi ini ke atas sesiapa yang sengaja berdusta ketika menaqalkan apa-apa dari nabi samada untuk kebaikan atau keburukan.Segala puji bagi Allah sesungguhnya agama itu telah sempurna dan tidak perlu dikuatkan lagi dengan perkara-perkara yang dusta.


(Fathul bari oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani, Dar Misr lit thiba’ah)


Kecilkan Skop - Kita orang melayu ni sering mengajar anak cucu kita dengan pembohongan, contoh.:
1- Cara ajar supaya tidak keluar malam: “ko keluar la malam ni, nenek kebayan ada kt pondok tepi surau tu malam2 mcmni la..”
2- Cara ajar supaya duduk elok2: “jangan duduk atas bantal ! bisul buntut tu nanti..”
3- Cara mententeramkan dapur dari suara2 sumbang: “nyanyi time2 masak ni orang cakap kawen dgn orang tua..”


Begitulah kita ni, akhirnya anak-anak kita membesar dengan perkara2 yang salah dan khurafat.


So, saya dengan ‘humble’nya menyeru family and friends supaya kita bersihkan segala tipu helah dan kepalsuan yang membelenggu kita selama ini, tak kiralah ianya untuk kebaikan atau kebajikan. Sama-samalah kita sebagai 21st century generation ni bangun membetulkan kesalahan2 yang lama. Sekian.


p.s: aritu org arab tanya aku: “simpang mana jalan pergi ke Morog? aku cakap “belok kiri..” konfiden jek.. padahal Morog pun aku xtau kt mana..ha3..! xmo tipu lagi lps ni..insap2.

Wednesday, April 28, 2010

you are so going down..

1-Sebahagian orang x rasa sensatif dgn cerita2 rekaan yg kelihatannya agak *bodoh* cuba mengaitkan nama Allah, para rasul dan anbiya'..though diorang ni student agama.(umum)

2- cerita2 rekaan yg berunsur agama ini kononnya nak memberi 'targhib'(galakan) dalam ibadah, menambahkan rasa cinta seseorang kpd sang pencipta n etc ni akhirnya akan menjadi cerita2 bodoh yang akan dipertikai org2 kafir dan orientalis, example given: " Nabi Sulaiman dan sang kancil" "nasihat Luqman kepada si Joha"..

3-Kehebatan seorang nabi (Sulaiman a.s) yang diberi Allah mu'jizat menguasai kerajaan yang besar dan tidak ada manusia akan pernah menguasai sepertinya(menguasai jin dan manusia) akhirnya menjadi bahan lucu kanak2..

4-Begitulah seterusnya, cerita2 rekaan yang cuba mengaitkan mimpi,ilham,berkata2 dgn Allah,berjumpa nabi,bertanya malaikat ini semua akhirnya hanya memburukkan agama..

5-Matlamat Targhib(galakan) kepada agama itu benar..jalannya salah,kerana ianya rekaan dan bohong dan palsu. 'the end not justify the mean"

6-Antara tanda2 Hari Qiamat sabda Nabi s.a.w: "..Berkata ketika itu golongan Ruwaibidhoh.ditanya apa itu ruwaibidhoh?nabi menjawab: Orang selekeh berkata tentang hal-hal orang ramai"

p.s 1: for me article "xyah nak josh sgt" orang yang agak selekeh dlm hal agama disebabkan beberapa statement didalamnya dan sepatutnya tidak diketengahkan..

p.s 2 : nothing personal, i love deen Islam..im gonna stand for it whatever it takes..luv u too..

Tuesday, April 27, 2010

menggelabah jek..


Aku teringat dgn pepatah arab:

“orang yang kelam-kabut tu tiada laluan yang boleh dia dipintas, dan kedudukan yg boleh dia tetap”

kenapa perlu kelam-kabut?
bagi orang2 yang cool dan awesome mcm aku, perkara2 ni jarang berlaku dalam apa jua situasi..

Contoh 1  :
Situasi: AZAN BERKUMANDANG……
Reaksi budak nakal :   
eh, dah masuk waktu isya’? sambil buzz! Buzz! awek2 kt chatroom..Qomat kang baru la amik air smayang..Eh dah qomat? La..sape  pulak dlm bilik air waktu2 kritikal mcmni…?  Bai!! Cepat la cket..!!lalu bergegas amik air semayang cepat2 dan terus lari pegi surau..angkat takbir mengah2 sdg imam sudah bertahiyyat akhir..

Reaksi budak cool :
 eh,baru nak azan? sambil log-in fesbuk..hari ni rasa macam jahat je..esok2 je la semayang  jemaah..


Contoh 2 :
Situasi: BULAN DEPAN EXAM….
Reaksi budak lain:
 esok mula study!! ish..Kalaulah bulan lepas dah start study…mesti cair gila skang nih..

Reaksi budak cool: 
Hari khamis ade kelas x? Berapa harga kitab ko tu eks..?
                               
 p.s:  what?? tambang gi  kuliah dah naik?

Wednesday, April 21, 2010

Semakin Hari Semakin Bertambah..++

semalam 12 jam..
hari ni 14 jam..

***********

cilake! lama giler aku tdo!!

Friday, April 16, 2010

isu panggilan AYAH!!

1. 2 buah keluarga duduk rumah yang sebelah-menyebelah
 
2. anak keluarga masing2 memanggil bapa mereka dgn "AYAH" dan "ABAH"

3.  satu hari, keluarga yang memanggil nama bapa mereka dgn pggilan "ABAH" telah menukar pggilan itu kpd "AYAH" akibat terpengaruh dgn jiran rumah sblh..

4. keluarga yg mmg dr awal mggunakan pggilan "AYAH" td telah membangkang perbuatan jiran sblh ini dgn meminta mereka utk menukar semula kpd pggilan "ABAH" .

5. bila ditanya kenapa?

mereka menjawab:
"takut anak2 saya ni keliru dgn pggilan baru itu lalu menyangka awak adalah bapa mereka"

p/s: kita umat yg keliru ...

Sunday, March 14, 2010

TUNDUK PADA KEBENARAN...

الكبر بطر الحق وغمط الناس" – رواه مسلم........."

Permulaan Hadis : “Tidak masuk syurga sesiapa yang ada dalam hatinya sebesar zarah daripada takabbur,.....
.....takabbur itu menolak kebenaran dan menghina orang lain” –(riwayat muslim)

si A,B,C,D dan E sedang berbual2, si A sering kali kene drop dgn kwn2nya kerana ke’dunguannya’ tentang kehidupan sosial dan isu semasa..tiba2 topik mereka masuk dlm bab agama..


A kata : dlm masalah fiqh, qaul yg paling tepat dan yang paling hampir dengan nas ialah qaul dr mazhab hanbali..(misalnya)

B kata : ah!! Ko mcm terer je..ko mujtahid ke?

C kata: ntahnye, mazhab sendiri pun x abis blaja lagi..

D kata: x sudah2 nak bertekak masalah feqah org2 agama skang ni..

E kata: balik2 masalah furu’, cuba la bincang pasal politik ke, tamadun ke..barulah maju cket..

…dan pelbagai2 kritikan lagi..

1- Sedarkah anda yang A menyampaikan fakta apatah lagi jika disertakan dgn nas al-quran atau hadis.

2- Kenapa perlu emosi? Adakah disebabkan si A yg bengap, lurus dan x mandi 2 hari, lalu tidak diterima cakapnya walaupun Nas dibacakan? atau adakah mereka memandang rendah masalah agama berkaitan fiqh?

3- Tidak!! Mereka tidak memandang rendah masalah fiqh dan tidak juga menolak Nas yg dibacakan sebenarnya, mereka hanya xsukakan si A dan sikapnya apatah lagi untuk meng’ia’kan kata2 beliau..



Nasihat:

-Jangan ditolak mentah2 cakap si A kerana anda bukan tunduk kepadanya, tetapi anda tunduk kepada Nas dan kebenaran fakta yang diperkatakan.

-Ahlul kitab dari kalangan yahudi juga tidak mahu menerima kebenaran nabi s.a.w.(sedangkan mereka lebih tahu) hanya kerana yang membawanya adalah seorang arab.

-Adakah anda menolak Nas dan meremehkannya hanya kerana sikap angkuh dan takabbur anda??

jaga-jaga…

Tuesday, March 9, 2010

fed-up!

Kalau nak ikutkan pengalaman yg lps2, SUMPAH!! aku dh MALAS nk wat apa2 tournament sukan lg..

tp bila tiap2 kali aku berfikir tentang tournament2 yg aku penah buat..aku jd bersemangat..siap nk improvise lg sgala kecacatan yg lampau..



Bodoh betul, kau penat2 buat kertas kerja,fikir bajet, fikir keadaan tournament, submit kertas keje kt org atas, pastu buat persiapan macam2…talipon sana-sini….Last2, org lain nak xnak je masuk bertanding…

Pastu kalo ko menang xper jugak..asik kalah je..pastu x dpt pape..

Pastu balik muka x puas ati..tensen..sakit ati..lapar…..

Esoknya bangun lambat, terlepas subuh..kene qodho’ pastu kene kira duit, buat laporan kewangan..

Macam gampang rasanya kan…..



**************************************


Hari tu ‘BOS’ (pengerusi UMNO-Cairo) suruh aku buat tournament sukan….
Aku cakap terus terang je dgn bos:
“AKU XMAU BUAT DAH!! AKU MALAS!! AKU PENAT!!”

'in the face' die kene beb...mesti bebulu punyelah...!




*************************************

Yang dah siap sekarang ni:
- 2 kertas kerja sukan yang berlainan..
- Surat lantikan ketua unit
- minit yang akan dibentang pada mesyuarat pertama.
- Design: medal, saguhati penganjur n piala kejohanan

p/s: pinggang aku bengkak kene sepak ngn bos...aduih..!

Sunday, March 7, 2010

2 soklan..


soalan 1 : apesal nak kene pandang tempat lain jugak?

soalan 2 : ko bkn budak UMNO Cairo ke?


jawapan : keh keh keh!!

Friday, February 26, 2010

Friday Nite or Saturday Mornin?

 ooh.. Saturday morning…


After having a cup of coffee, I was thinking of going to jawwazat*, hopefully will get my visa after 3 months being ‘immigrant without permission’

PASSPORT check!!

CASH check!!

HANDPHONE check!!

MP3 check!!

BOOK (to read while waiting) check!!

Everything set, ciao!!

……………………………………………………………………….


Hmm………..


Still thinking……………….


Are u gonna wait behind 80 students who desperately need their visa’s and willing to kill each others to have it?

True, you’re not gonna wait unless you’re total psycho or whatsoever..better step aside and leave them behind..Besides, my pillow is already missing me and I should not let her down…(miss you too pillow!!)

So long suckers…!


Real fact:

-- I went to immigration office at 8.00 a.m. which is quite late here though I’m not sleep at night.

-- Mama* needs at least 20 minutes to approve each passport.

-- (20mins x 80 passports = it will be great if u try next week..Jerk!!)


*jawwazat= imigresen/pusat rasuah
*Mama= Freak who works there

Wednesday, February 24, 2010

Dunia Gosip...

Gossip Girl Here--

Your One And Only Source Into The Scandalous Lives Of Manhattan's Elite.

Starring by:


as : Serena


                  
                 as: Jenny

as: Blair


and Who Am I ??
that's the secret i will never tell..
you know you like me..

-xoxo Gossip Girl


author responds : Damn!! You're Hot's..

Monday, February 8, 2010

Tak puas hati..


Seringkali kita berhadapan dengan puak-puak yg bajet dewasa lalu memanggil orang lain dengan :

1- Ah, ko budak-budak, pegi main jauh-jauh!!
2- Ish, ko budak lagi..ape tau?? Nak penampar?
3- Budak muda jgn campur, ni hal org tua-tua..
4- Ko budak lg, xder pengalaman..aku makan garam dulu..
Dan pelbagai2 cara lagi la yg dilakukan terhadap budak2 muda sehingga mereka merasakan diskriminasi dalam kehidupan sosial mereka..

Perkara ini tidak wujud dalam Islam sama sekali hatta para Sahabat Nabi yg terdiri dari cendekiawan adalah dari kelompok muda e.g. Ibn Abbas, Abdullah Ibn Abbas Al-Bahr, Hibrul ummah, Imam tafsir, sepupu Rasul s.a.w. ‘Berumur 10 tahun ketika Rasulullah wafat’ (riwayat Ahmad dari Sa’id bin Jubair, dinilai sahih). Diantara sahabat besar yang termuda tetapi menjadi rujukan kebanyakan sahabat di dalam menafsir Al-Quran.
(Siyar a’lamun nubala’, Imam az-zahabi)

Didalam surah Al-Kahf, Allah S.W.T. memuji pemuda-pemuda yang melarikan diri ke dalam gua demi mempertahankan akidah mereka yang lurus dari pemerintah yang zalim dan daripada masyarakat yang mensyirikkan tuhan mereka:
“..Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka” (18:13)

Sungguh, budak-budak walaupun kurang pengalaman, tetapi semangat dan jiwa yang masih bersih serta tiada terikat dengan sebarang kepentingan membuatkan nilaian yang cenderung kepada kebenaran dan hukuman yang lebih adil.

So, org2 tua ni jgnlah pandang kami ni sebelah mata jek..nak kene hentak??


Sekian, terima kasih.



Yang benar,


 Karim
……………………

(Karim bin Awang)
Pengerusi,
Cute Kindergarten Seremban 2.



s.k. – Guru Besar S.K. Sri Mawar, Senawang
         Kawan- kawan