Pages

ما جادلت أحدا الا تمنيت أن يظهر الله الحق على لسانه - الإمام الشافعي


"Aku tak berdebat dengan seseorang melainkan aku mengharapkan Allah menyatakan kebenaran di atas lisannya" -Imam Syafi'e-

Tuesday, November 24, 2009

AZAN SEBELUM BERMUSAFIR? PERLU KE?

“Siapa yang mengada-adakan perkara pada urusan agama ini apa yang bukan dari kami maka dia tertolak” (riwayat Bukhari dan Muslim)




example given : Azan waktu keluar dari rumah sebelum bertolak ke Mekah, student melayu yang hendak pulang ke Malaysia selepas graduate di Al-Azhar juga tak melepaskan peluang melakukan pekara yang sama.

Problemnya, mana datangnya budaya ni?? bukankah Azan ni termasuk dari perkara ‘ta’abbud’ (yang berkaitan dgn ibadah)??

Penjelasan:

-Ibadat bermula dengan ‘Haram’, haram melakukan ibadat melainkan ada Nas Al-Quran atau Hadis yang menyuruh kita untuk melakukannya.
-Ini berlawanan dengan perkara Mu’amalat (bersifat kehidupan seharian) ia bermula dengan ‘Harus’, harus melakukan/ makan/ main sesuatu sehingga jelas ada Nas yang mengharamkannya.

AZAN

1)Sebab di Syariatkan Azan:

Sepertimana yang kita tau, Azan disyariatkan untuk menyeru manusia supaya berkumpul untuk tunaikan solat menggantikan loceng (sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, At-Tirmizi, Ibnu Majah, Ahmad dan Ibnu Khuzaimah dari Abdullah Bin Zaid Bin Abdi Rabbih)

2)Definisi kebanyakan Ulama’ tentang azan:

“Pemberitahuan tentang masuknya waktu solat, dengan lafaz-lafaz yang tertentu, sebagai seruan untuk berjamaah, menzahirkan Syiar Islam.”
(Fiqh Sunnah, Sayyid Sabiq)

3)Kesimpulan:

Azan ni memang tiada kait mengait dengan bermusafir atau selainnya, ia hanya berkait rapat dengan Solat. So, janganlah kita jadi orang yang menambah2 syiar ummat Islam ni di tempat2 yg x sepatutnya…naik kapal terbang pun nak azan, kapal laut pun azan jgk, nk pegi jauh cket pun azan…etc.

Aku tertarik dengan ulasan bekas mufti Mesir Syeikh Muhammad ‘Abduh di dalam kitab (Al-Khaniyyah) ketika mengulas zikir dan selawat pada awal atau akhir azan :
“dan apa-apa yang di sebut selepas atau sebelum azan semuanya adalah dari orang2 yang membuat bid’ah, melakukannya untuk membuat kesalahan, tiada sebab lain, tiada seorang pun yang mengatakan boleh kesalahan mcm ni, tiada teladan bagi siapa yg mengatakan ‘perkara seperti ni adalah bid’ah hasanah’, kerana bid’ah dalam ibadat seperti ini adalah keji…”

Ini adalah ulasan seorang ‘Alim berkenaan hanya menambah selawat dan zikir sebelum/selepas azan, macamana pula dengan mengumandangkan Azan bukan di tempat dan waktunya??

Moral:   hang pikiaq la sendiri…

Saturday, November 14, 2009

Tiba2 rasa nak komen PMRAM




Firman Allah: “Dan janganlah kamu ikuti perkara yang kamu tiada pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan jiwamu, setiapnya akan ditanya”        (al-isra’:36)


Mula2 aku sampai Mesir tahun 2006 dulu, ramai senior2 yg tanamkan perasaan benci aku kpd PMRAM. Walaupun begitu, aku tetap yakin dan percaya bahawa PMRAM lah akan mnjadi ‘saviour’ kepada seluruh mahasiswa di Mesir suatu hari nanti…aku pernah menjadi ejen kpd ahli2 PMRAM di rumah n9 kaherah ketika pilihanraya kecil diadakan untuk melantik YDP dan ahli exco rumah negeri..ini adalah tanggungjawabku untuk memastikan masa depan Islam terus bercahaya di kediaman ini!!

Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari..tahun 2008, aku jadi ahli UMNO kaherah dan terus naik jd Exco seterusnya melancarkan perang saraf terhadap PMRAM..(saraf2 aku banyak yg rosak dlm peperangan ini..)
Shoot…nasib aku malang, UMNO semakin lemah lepas pilihanraya Mac 2008, BN hilang 5 negeri jajahan di Malaysia. Aku redho dan pasrah, oleh itu aku resign dari jwtan exco pd tahun 2009 untuk bergiat secara individu..

Atuk aku selalu pesan, die kata “you will never know something until you rub your nose with it”..setelah menggosok hidung ku di tempat2 seperti ini, barulah aku tau, kedua2 pihak ada betul, ada salah…yg penting kita jgn jd ekstrimis mana2 pihak..
Berfikirlah secara Adil dan bertindaklah secara Adil..ianya lebih di tuntut dlm islam drpd mengiakan kata2 pimpinan yg kononnya ‘alim, siqoh dan kacak tu..

Student melayu di Al-Azhar amnya sangat berpengetahuan luas dlm segi hukum halal haram, sunat wajib dan makruh harus..tetapi cara berfikir yang lurus dan satu hala membuatkan mereka kelihatan begitu jumud dan slow ketika dunia sedang memperkatakan tentang globalisasi dan liberalisasi..

Bagi mereka hanya ada hitam dan putih, jika salah satu benar, satu lagi mesti salah..lg senang kalo bg contoh : kalau PAS betul, UMNO mesti salah..what a shallow..macam tu je ke seorang mahasiswa berfikir??..selekeh beb..

Seruan ke arah pemikiran yang pelbagai tetapi masih fundamental (masih berdasarkan nas quran dan sunnah) patut didokong oleh pelajar2 yg menuntut di peringkat University apatah lagi sekiranya mereka berada di oversea dan bukan ditolak, ditohmah, lalu mengatakan “ini salah..” “ini sesat..”

As long mereka bergerak dalam jamaah yang tidak menyalahi Al-Quran dan Sunnah apatah lagi ianya diasaskan utk memperkasa jamaah Islamiyah tidak sepatutnya kita memusuhi dan sentiasa mengkritik gerakan itu..lebih jelas lg kalau aku katakan bdk2 PMRAM ni tak payahla nak kutuk ISMA ke, ABIM ke.. pantang diorg aktif cket, korang nak jeles..korang je ke yang betul?

kata Ibn Mas’ud: ‘Jamaah itu ialah bersama yang benar walau engkau berseorangan.’

Kita kena sedar dalam dunia akademik, percambahan dan kematangan sesuatu perkara itu berlaku apabila terdapat perselisihan tentangnya..apabila jelas kesesatan sesuatu gerakan itu, kita sisihkan. Perlu diingat bahawa ia jelas sesat apabila menyalahi Quran dan Sunnah bukan sbb tak kene dgn selera kita atau tok guru kita atau kumpulan kita lalu kita ‘cop’ sesuatu kumpulan itu sesat..

Komen tentang PMRAM?

Positive : Satu persatuan yang bagus dan mantap dari segi program yang dianjurkan, pentadbiran dan ekonominya.
Negative : cuba meng’conquer’ semua student di Mesir supaya tunduk kepadanya kerana merasakan diri satu2nya persatuan yg Islamic dan perlu ditaati.

Komen tentang Ahli PMRAM?

Positive : memiliki ahli2 yang sanggup bekerja tanpa upah demi memertabatkan PMRAM.
Negative : merasakan diri sendiri sahaja yang benar dan mahu mengajak orang lain supaya mengikutinya.

Komen tentang exco PMRAM?

Positive : memiliki ciri2 sbg seorang pemimpin dan kebanyakannya berkhidmat dgn cemerlang sbg seorang exco.
Negative : berlagak seperti seorang exco kerajaan negeri yang mendapat gaji dan elaun puluhan ribu.


Komen tentang JPMK yang membatalkan majlis Kutub Sittah di ACC dan mencurik banner DESAK?

Untuk JPMK : Ade kuasa lalu menggunakan kuasa atas sbb provokasi pihak pembangkang.

Untuk PMRAM : tiada kuasa tetapi berlagak seperti berkuasa lalu ditindas..

Untuk DESAK : tak perlulah buat kerja bodoh ni lain kali sbb memorandum anda pasti tidak akan dilayan pihak atasan..

p/s: “sume salah, aku je yg betul..” kata penulis lalu pergi membasuh kaki dan masuk tidur.. “so long and good nite!!”

PLEASE REMEMBER WHAT FIRST (PRWF)..

Why me even here in Egypt?

1- tour around Africa?
2- looked smarter when back to Malaysia?
3- To have a better sleep?
4- Watching Hollywood movies more often?
5- To be some kind of politician?
6- Making friends?
7- To play takraw? futsal?

Persoalan yang timbul setiap hari dlm kepala otak aku bila masuk dlm toilet ketika qodho hajat..dan resolusi aku setiap kali sebelum beristinjak ialah.. “I’ll study harder!!”

Sungguh taik..!! It won’t happen! n it will never happen ..dasar pemalas..
Sometimes I used to say: ‘kembalikanlah semangat aku yang dahulu”..bila pikir2 balik, bila masa aku semangat?ade ke?

Aku cuba mngigatkan diriku melalui tulisan blog ini bahawa aku dtg ke sini utk menuntut Ilmu.. menghabiskan pengajian bahasa arab di university Al-Azhar yang gah ini, bertalaqqi sbrp byk kitab yg aku mampu..


p/s: ngantuk la plak..tido jap..zzz..

Tuesday, November 3, 2009

Global Warming? Cerita benar seorang Geologist

Cerita apa nak tengok hari ni? Selepas membelek2 folder ‘knowledge’ dlm hard-disk aku ni aku ternampak satu filem National Geographic bertajuk ‘six degrees could change the world’
Persoalan yang ditimbulkan:

1-What will we do about the Global Warming?
2- What will happen to the earth if we don’t?

Apa masalahnya kalau dunia ni panas cket?

1- Ais2 di seluruh dunia akan cair.
e.g. di Greenland, ais disana sekiranya cair skrg ni mampu meningkatan setinggi 7 meter paras laut skarang ni.
2- kawasan pertanian yg subur menjadi padang pasir.
3- kawasan yg sejuk menjadi panas



Apa punca sbnr Global Warming ni?
Satu punca yag paling besar iaitu Co2 ataupun Carbon dioxide.
Kata salah seorg pakar dr NASA, James Hensen:
“Doubling the Co2 guaranteed the global disaster, dangerous level is about 450 part per million while we already at 383..”

Kita sememangnya telah mggandakan perlepasan carbon dioxide ke atmosfera sejak beberapa dekad ini melalui:
1-pernafasan (pertambahan penduduk bumi sehingga lebih 6 billion pada hari ini)
2-Asap kereta, kilang, mesin, bakar sampah dll..
3-Pembakaran bahan mentah untuk penghasilan Tenaga Elektrik (penyumbang terbanyak)

Jika sekiranya suhu bumi TURUN kpd 6 degree..’ICE AGE’ akan berlaku mcm dlm cite kartun tu..
Bagaimana pula sekiranya berTAMBAH 6 degree? Setiap degree yg berubah mempunyai kesan yg berlainan..

Sekiranya bertambah 1 degree:

1- ais di arctic akan cair dan membuka laluan kapal antara utara dan barat.



2- 10 drpd ribuan penempatan yg berhampiran akan dinaiki air



3-taufan akan melanda di south-atlantic




Bagaimana pula dgn 2 degrees?

1-ais di Greenland akan hilang sbb cair.


Terlalu byk ais cair, polar bear susah utk survive.

2-hutan pine-needle banyak yg mati.



3-hutan baru akan tumbuh di kawasan ais yg sudah cair di Canadian tundra.



4-pulau pasifik, Tuvalu akan lenyap di bawah paras air.




3 degrees??

1-Ais di arctic cair semuanya dan setiap masa adalah summer..



2-hutan di Amazon kering seluruhnya



4-‘snow-capped’ di kemuncak alps sudah tiada lagi.



5-ribut el-nino akan lebih kerap berlaku



6-Mediterranean dan sebahagian eropah akan bercuacakan panas terik yg serius




4 degrees??

1-paras laut naik mendadak dan mengambil tempat billion penduduk antaranya Bangladesh, Mesir, Venus dll.



2-Glaciers(permukaan ais) hilang seluruhnya membuatkan sumber bekalan air bersih dunia kehilangan utk selama2nya

3-Utara Canada yg dulunya ais semata2 menjadi zon agriculture yg paling subur.





5 degrees?

1-Dua zon yg luas tanpa habitat akan tersebar dari hemisfera selatan hingga utara.




2-Bandar2 terbesar di dunia akan kekeringan spt: Los Angeles, Cairo, Bombay dll.

3-Mangsa drpd cuaca ini meningkat sehingga ratusan juta




6 degrees?

1-Dari jauh lautan kelihatan biru tp sbenarnya itu adalah ‘marine waste land’



2- padang pasir tersebar di seluruh permukaan bumi seperti askar yg menakluk bumi.



3- bencana alam menjadi perkara biasa.

4-bandar2 besar di dunia banjir dan ditinggalkan.




Conclusion:

-kebanyakan rumah lebih byk membazir tenaga elektrik/gas drpd yg digunakan.
Sbg contoh tv yang sentiasa di ‘on’ elektriknya (dlm keadaan standby) menggunakan hampir 109 watt atau RM60 setahun.

So, berjimatlah guna elektrik selain menjimatkan wang ia juga dapat menyelamatkan kita dari global warming..


p/s: penat dol terjemah ni..tolonglah dgr nasihatku utk kebaikan bersama.. hik2..



Monday, November 2, 2009

Asri kene tahan?



Dr Asri di tahan!!
SMS yang aku terima dari Ammu( abg man) kira2 dkt pkul 6 pagi smlm kot..antara kandungan SMS:

ammu : Dr Asri Kene tahan dgn JAIS
aku : pegila jamin die, nnti claim blk ye..
ammu: org serius, die memain plak..
aku: skjp je tu, public figure la katakan..dont worry.
ammu : baru plan nk ziarah dia..
aku : ee bestnye, kalo ziarah die nnti jgn lupe kim slm dr huge fan of him yg kt mesir ni..ngee..

who do u think that person is?

1)apa komen Najib?
" ni xde kene mgena ngn kerajaan pusat, wa rasa krajaan negeri ni.."- the star online

2)apa kata MB Selangor(Tan Sri Khalid Ibrahim)?
"wei JAIS!!apa motif lu tangkap mamat ni beb? baik lu jelaskan.."-harakah daily
-turut mghadiri kuliah ketika Dr. Asri ditangkap 2 org ADUN dr selangor,so aku x rasa ade kaitan dgn kerajaan negeri...

3)apa kata pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi?
" tangkapan dibuat disbbkan aduan pelbagai pihak, wa x kira, mcmana pun wa akan tangkap asri dan dakwa die.." -malaysia kini.com

so, jelas lagi teranglah yang tangkapan ini dibuat di sebabkan JAIS yg gila kuasa ni..sukati ko la..ade sumber yg mgatakan yg tangkapan ini di buat disbbkan tawaran jwtn yg dipertua YADIM oleh PM kpd Dr Asri..hmm, pape jelah..

bende ni pernah berlaku masa beliau nak ceramah kt Selangor seketika dahulu yg di hadiri oleh audience dr kalangan student UIA, suddenly JAIS dtg n nk cancel kan majlis tu atas alasan Dr Asri xder tauliah.. tp stlh berbincang dgn pihak pganjur majlis tu, mereka akhirnya bersetuju utk meneruskan juga majlis tetapi dgn syarat "cakap apa yg ade kaitan dgn maulid nabi je, jgn lebey2" kata pegawai JAIS kpd Dr. Asri.

permusuhan antara jais ngn Dr Asri ni mmg dh lama la..tp skang ni baru nk tunjuk belang..lupakan je la.. berapa byk statement yg mintak keadilan dr tangkapan ni dan berapa ramai plak sokong die..Najib, MB selangor, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, KETUA Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mejar Jeneral Datuk Jamil Khir Baharom, Bekas Yang DiPertua YADIM Datuk Dasuki Ahmad, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Shahidan Kassim, NGO2 lain (SIS) dll.. malas aku nk tulis ramai2 wlaupun sbnrnya dh ramai yg aku senaraikan...

sbb tangkapan ialah ajaran beliau mengelirukan dan wahabi..ape yg keliru? ape yg wahabi?

sblm ni beliau telah menangkis tuduhan memorandum oleh so-called Persatuan Peguam Syar'ie Malaysia kpd Yang Di-pertuan Agung dlm sidang media atas tuduhan menyeleweng dalam ajaran ahli sunnah serta menghina Imam Ghazali dan Imam Nawawi..ade bukti ke??

kelakar dol golongan agama kt Malaysia ni...nk kata mcm monyet pn ada.. hantar pisang malam jumaat ok la diorg tu..

p/s 1: aku akui mmg aku minat Dr Asri ni.. so statement ni kelihatan biased..
p/s 2: tp yg lebih aku geram ialah org bodoh yg guna kuasa utk kalahkan/jatuhkan org lain bukan guna hujah dan akal yg dikurniakan..

apelah nasib..

A bad day came in, im stuck inside my room..do nothing, play nothin, read nothin ..haven’t seen sunshine for a days though..


Laptop yg berisikn virus Trojan-horse menjadi teman ku, berbekalkan hard-disk 250 giga yg didlmnya terdapat pelbagai cerita dr sebelah barat hingga ke timur, aku kelihatan steady je lepak dlm bilik, sesorang kt arma..

Nk dijadikan cerita, satu hari aku pg ke cc arma utk print kertas2 yang xde manfaat, aku cucukkan hard-disk kedlm komputer di sana kerana di dalam itulah kertas2 yg hendak diprint itu terkandung..

Bila aku kembali ke bilik (dgn harapan dpt menonton cerita2 dlm hard-disk ni..) aku letakkan cursor mouse pada folder2 cerita tersebut, tertulis padanya ‘1.3 mb’….aikk?? weirdo!!

Keseimpulan:

-hilang sume cerita yg aku belum tengok dlm tu, dekat 70gig..

-rupenye ade computer yg lebih ber’virus’ dr computer aku..

-atau mungkin aku terkene sumpahan dr org yg aku ambil cerita drpdnya..


p/s: padan muka aku..arghh..tensen2!!