Pages

ما جادلت أحدا الا تمنيت أن يظهر الله الحق على لسانه - الإمام الشافعي


"Aku tak berdebat dengan seseorang melainkan aku mengharapkan Allah menyatakan kebenaran di atas lisannya" -Imam Syafi'e-

Thursday, October 1, 2009

Pernah Kenal bRo ni?..MALCOLM X..

Oleh sbb kritikan yg bertalu2 aku terima disbbkan hangat2 taik ayam utk tulis blog ni...

Skang ni aku nak introduce Malcolm X @ El-Hajj Malik El-Shabazz kat korang..
Kenapa dia??!!

1- Beliau digambarkan salah seorang yang paling hebat dan yang paling memberi kesan  kepada masyarakat Afrika-Amerika(orang afrika yang berkulit hitam di Amerika) di dalam sejarah.  -( 100 Greatest African Americans: A Biographical Encyclopedia)

2- Salah seorang yang berperanan dalam perkembangan Islam kepada masyarakat kulit hitam di Amerika.-(Perry m/s 379)

3-  Kebanyakan masyarakat afrika-amerika yang tinggal di sebelah utara dan barat Amerika merasakan Malcolm X lebih mengambil berat tentang aduan ketidaksamaan dan kezaliman yang dilakukan kepada mereka daripada gerakan 'civil right' yang menjadi arus perdana ketika itu.-( Perry m/s 380)

 4- Antara pejuang pertama kepada Hak Kemanusiaan(Human Right), ketika mula bekerjasama dengan ketua gerakan Civil Right dan mengalih fokus organisasi tersebut kepada hak kemanusian.Dengan menunjukkan kesungguhan masyarakat afrika-amerika yang ingin mendapat hak kesamarataan dan kemudiannya menjadi isu antarabangsa yang membantu dalam hal ini.-( Malcolm X, Malcolm X speaks m/s 33-35)
  Antara petikan kata-katanya dalam perjuangan ini:
 "Power in defense of freedom is greater than power in behalf of tyranny and oppression, because power, real power, comes from our conviction which produces action, uncompromising action."


BIOGRAPHY


Dilahirkan di Omaha, Nebraska, Amerika Syarikat pada tahun 1925, bapanya Earl Little, salah seorang penyokong penuh kepada ketua Black Nationalist( parti kebangsaan orang kulit hitam )  iaitu Marcus Garvey. Earl yang bergiat di dalam 'civil right' kerap diugut bunuh dari satu organisasi 'mat saleh' yang terkemuka, Black Legion, memaksa keluarga Malcolm berpindah 2 kali sebelum umurnya 4 tahun..  

Sedihnya, cubaan untuk mengelak dari organisasi tersebut sia-sia apabila rumah mereka di bakar pada tahun 1929. Dua Tahun Kemudian, bapanya ditemui mati terbaring di atas laluan troli di pekan..Emaknya kemudian disahkan sakit mental akibat kematian suaminya yang dianggap berpunca dari organisasi Black Legion..Anak-anaknya terpisah ke rumah anak-anak yatim..

dah besar...(malas citer panjang2)

Mestila beliau ni bijak, kalau tak, tak mungkin aku cite pasal die ni...
masa beliau belajar kat sekolah dulu, guru beliau pernah komen pasal cita-citanya yang ingin menjadi lawyer: "no realistic goal for nigger" membuatkan beliau tak berminat dengan sekolah itu dan terus spent masa di Boston, buat kerja pelik-pelik dan kemudian ke Harlem, New York membuat jenayah keci-kecilan sehingga pada tahun 1942 Malcolm telah berjaya menguruskan bisnes pelbagai jenis dadah, pelacuran dan perjudian.
Selepas itu merengkok selama 7 tahun di dalam penjara akibat tuduhan menceroboh..

mula insaf...

Sudah menjadi anggota NOI(Nation Of Islam) ketika di dalam penjara dan mula belajar tentang NOI dengan ketua Elijah Muhammad, dilantik menjadi salah seorang ketua dan jurucakap di dalam NOI.Akhirnya mendapati penyelewengan sebenar di dalam NOI dan skandal ketuanya dengan 6 orang perempuan di dalam pertubuhan itu mendorong beliau memutuskan hubungan dengan kumpulan itu.

kebangkitan baru...

Selepas keluar dari NOI beliau pergi ke Mekah menunaikan haji, perjalanan ini menjanjikan perubahan kepada hidupnya.Untuk pertama kalinya beliau berkongsi pendapat dan kepercayaan dengan bangsa yang berbagai dan pulang ke Amerika dengan harapan yang baru.Kali ini beliau tidak hanya bercakap bagi pihak orang afrika-amerika sahaja, beliau kini mempunyai mesej untuk semua bangsa..
Pada tahun 1965,Beliau akhirnya mati ditembak sewaktu berucap di Manhattan ketika berusia 39 tahun.1500 orang menghadiri majlis pengebumiannya di Harlem.



Bullet holes in back of the stage where Malcolm X was shot (circled).




Finally...

Walaupun beliau ni asalnya pejuang kulit hitam tetapi beliau tetap akur dengan agama islam yang melarang kita untuk bersikap "patriotisme yang melampau"..
Aku nak share satu petikan daripada beliau ni yang berbunyi:

"You're not supposed to be so blind with patriotism that you can't face reality. Wrong is wrong no matter who does it or says it."


Kita sepatutnya mengambil iktibar daripada kata-kata ini, jangan kerana semangat kenegaraan atau kebangsaan, kita tolak orang lain ke tepi tanpa mempertimbangkan yang benar dan yang salah.

Sebenarnya aku nak tegur org yang sibuk2 sangat pasal kepentingan org melayu ni..letak dulu kepentingan org islam di depan..Insya Allah everything's gonna be fine..
nnti ada org jawab: "takrif org melayu ialah beragama islam,berketurunan melayu..."
Abis tu kalo orang melayu tu menganut agama kristian macamana??bangsa apa plak diorang tu?bangsa-bangsa bersatu?..

Tolong la wei...jgnla kaitkan bangsa dgn agama,x payah nk jadi pelik dari bangsa2 lain kt dunia ni..Islam tidak pernah berkaitan dengan melayu dan Islam tidak dikaitkan dgn bangsa arab melainkan bahasanya sbg bahasa perantara dan beberapa orang nabi yang diutuskan dari kalangan arab sahaja...



Wallahul muaffiq.


*biggest reference:  malcolm-x.org, wikipedia encyclopedia and quotationpage.com

No comments:

Post a Comment