Pages

ما جادلت أحدا الا تمنيت أن يظهر الله الحق على لسانه - الإمام الشافعي


"Aku tak berdebat dengan seseorang melainkan aku mengharapkan Allah menyatakan kebenaran di atas lisannya" -Imam Syafi'e-

Wednesday, October 7, 2009

Menghadiri Majlis Zikir...

Thursday, October 1st 2009, jam 3.30p.m aku bersolat asar secara berjamaah, berpakaian jubah putih(pinjam gerigi symphonia punye) dan terus menuju ke Rumah Negeri Sembilan Kaherah yang terletak di Hayyu Sabik..


Menanti kehadiran tramco yang berjanji akan tiba pada jam 5.00 petang yang akhirnya delay dan bertolak pada jam 5.45 petang ke Masjid "Soleh Al-Ja'fari" dimana majlis zikir berlangsung yang terletak di Darrosah berhampiran Kuliah aku di kaherah.




A short inroduction tentang Syeikh Soleh al-Ja'fari

- Dilahirkan pada 15 Jumadil-akhir 1328H di Danqola salah sebuah pekan di Sudan, ttp asal beliau ialah berketurunan Mesir, cuma keluarganya telah berhijrah ke sana.
-Kehidupanya penuh beragama, mentaati Allah dan mengikut Rasul s.a.w. Keluarganya terkenal dengan ilmu dan taqwa dan melakukan kebajikan.
-Beliau menuntut di University al-Azhar dalam jurusan bahasa arab dan memiliki Syeikh yang ramai Rodhiallahu 'anhum...
-Pernah terpilih menjadi Imam dan Guru di Masjid Azhar Syarif.
-Pengasas kepada Thoriqot Al-Ja'fariyah Ahmadiyah Muhammadiyah.
-Meninggal ketika berusia 71 tahun, pada tahun 1399H


sambung balik cite...

Setibanya di sana aku terus menuju ke saf utk solat sedangkan aku dlm keadaan hadas kecil..hish, trus keluar semula dari masjid dan menuju keluar..mana toilet ni?? kiri kot.. trus masuk makam syeikh soleh..hish mana ni?? kanan la kot..akhirnya berjaya menemui toilet..Aku berwudhuk dan trus solat masbuq dibelakang imam..
Selesai solat aku duduk memandang keadaan dalam masjid..'pergh..mewah gile masjid ni..' kataku dalam hati.Bahu aku di sentuh oleh kawan menyuruhku duduk di dlm halaqoh(grouping) berdekatan dengan pintu masuk masjid..


mula berzikir..

Round 1- Tekong zikir memulakan alunan zikir yang disusun Syeikh Soleh Al-Ja’fari didalam naskhah amalan2 zikirnya. Aku menemui beberapa zikir yang sabit dgn hadis yang sohih di dalamnya, “bagus2” ujarku di dalam hati, sambil itu berjalan beberapa org petugas masjid itu memberi naskhah zikir di hadapan saf-saf hadirin..aku membelek2 buku kecil yg diberi sambil ikut berzikir cket2..15 minit kemudian, 2 orang petugas mula menuang air dan memberi minum kepada hadirin yang berzikir menandakan zikir akan berlanjutan lebih lama..aku mula cemas...
Fuhh!!..zikir tamat seminit sebelum berkumandang waktu Isya’, aku, gerigi symphonia dan waghih keluar menuju ke kedai asob(air tebu) berdekatan sambil menghirup udara yang segar if u understand what I meant..



Round 2- Berkumpul semula di dalam halaqah selepas sahaja menunaikan solat Isya’ secara berjemaah. Mula membaca madih-madih( memuji nabi S.A.W.) dengan membaca syair yang ditulis oleh Syeikh Solih di dalam himpunan madihnya dalam pelbagai kitab. Masa ni la petugas2 masjid menjemput para hadirin untuk dinner di dewan makan, dah makan, naik semula sambung madih dan seterusnya supper dan dessert yang berbentuk manisan diberi di dlm halaqah madih.


COMMENT AKU :

I’m just a humble person, but I less agree of a few Stuff in this matter:

1- BERKUMPUL DAN MENGANGKAT SUARA KETIKA BERZIKIR

At first, senang citer perkara ini x berlaku di zaman Nabi s.a.w...Sebaik-baik petunjuk adalah yang mengikut cara Nabi s.a.w…

Di dalam kitab AL- UMM jilid satu karangan Al-Imam As-Syafi’e menceritakan perihal keadaan Nabi selepas solat, Baginda akan berpusing menghadap ma’mum, berzikir secara sirr(perlahan), dan membiarkan kaum wanita bangun dan balik dahulu. Imam Syafi’e mengulas hadis tersebut dan meletakkan pandangannya yang membenarkan kepada Imam untuk mengangkat suara ketika berzikir,bagaimanapun ia HANYALAH untuk mengajar ma’mum supaya berzikir selepas solat, jika selainya adalah makruh.
Antara yang menyokong hujah ini ialah halangan IBNU MAS’UD kepada satu golongan yang berzikir dengan mengangkat suara pada waktu sebelum terbit fajar ketika zaman ketiadaan nabi s.a.w?
Golongan ini berzikir, bertakbir dan bertahmid setiapnya 100 kali dengan mengangkat suara sebelum waktu Subuh.

ABU MUSA AL-ASY’ARI (R.A) yang memerhatikan keadaan itu melaporkan hal ini kepada IBNU MAS’UD yang lantas datang kepada mereka lalu berkata:

“Kiralah dosa2 kamu!! Wahai ummat Muhammad, mengapa begitu cepat kebinasaan kamu? Sedangakan bajunya(Nabi S.A.W.) belum lagi reput, dan pinggan mangkuknya belum lagi pecah..adakah kamu di atas jalan YANG LEBIH BERPETUNJUK daripada petunjuk yang di ajar nabi s.a.w.? ataupun kamu ini hanya pembuka pintu-pintu kesesatan..?”


2- MASJID MEMBUKA PEMBESAR SUARA LUAR UNTUK AKTIVITI2 ZIKIR.

Perkara ini telah ditegur oleh IBN-QAYYIM AL-JAUZIYYAH beberapa ratus tahun dahulu ketika mana belum wujud lagi pembesar suara. Perkara ini mungkin mengganggu warga sekeliling yang mempunyai aktiviti2 lain di waktu yang sama. Mungkin perkara ini belum dirasai oleh sebuah Negara Islam seperti Mesir ketika ini, tetapi kini laungan azan sudah dipertikaikan di Malaysia…Sangat cukuplah azan yang Allah perintahkan untuk di laungkan sebagai syi’ar(lambang) kepada Umat Islam di seluruh dunia, tak payah nak tambah dengan zikir2 dlm pembesar suara .. dan akhirnya ia akan dipertikaikan lalu azan juga akan dipertikaikan.. (untuk perhatian yang lebih kepada Negara yang rakyatnya ramai bukan Islam)..tonjolkan Islam yang Sebenar, bukan yang di tokok tambah, yang menyusahkan…


3- TERLALU BANYAK MENYEBUT NAMA SYEIKH DI DALAM ZIKIR.

Di dalam sebuah riwayat, nabi mendengar seorang sahabat berkata kepadanya: “Dengan apa yang Allah dan kau kehendaki” lantas nabi bersabda: “adakah engkau menjadikan aku ni sekutu bagi Allah? Katakanlah dengan apa yang Allah sahaja kehendaki”

So, aku tertarik nak tanya adakah mereka mengangkat syeikh mereka sama taraf dengan nabi atau para sahabat??..tentulah tidak, aku optimis, tetapi mungkin mereka terlalu melebihkan sesuatu lebih dari yang sepatutnya.
Bagaimanapun banyak juga perkara2 yang menepati sunnah berlaku di dalam majlis ini seperti:

1-Solat berjemaah
2-Berzikir dengan zikir-zikir yang ma’thur(warid daripada hadis)
3-Memberi makan
4- etc…


p/s: Kita selalu mengira baiknya sesuatu amalan itu berdasarkan banyak,lama dan ianya kelihatan baik, sebenarnya sebaik-baik amalan adalah yang diajar nabi s.a.w. kerana ianya adalah dari Allah yang memberi ganjaran kepada setiap amalan..ia juga menunjukkan sikap kita yang taat bukan sahaja kerana beribadat kepadaNya tetapi juga mengikut cara yang ditunjukkan olehNya...



*reference : x sempat nak buat revision n tengok buku rujukan. Bagaimanapun riwayat dan hadis yang dinyatakan adalah sabit daripada Nabi S.A.W.

No comments:

Post a Comment