Pages

ما جادلت أحدا الا تمنيت أن يظهر الله الحق على لسانه - الإمام الشافعي


"Aku tak berdebat dengan seseorang melainkan aku mengharapkan Allah menyatakan kebenaran di atas lisannya" -Imam Syafi'e-

Sunday, October 18, 2009

Rombongan ke Port Said...

i've been at 'gerigi symphonia' house at least 3 days after fetching 'k-rel' from the airport, he just arrived at egypt on TUE, October 13th 2009 after his vacation at Malaysia.welcome back to school bro..
i woke up 2 minutes early before subuh due this mornin,
walking into the kitchen, find somethin to eat.."aint nothin to eat, bloody @##$%!!" i suddenly got tempered. me walk out from the kitchen and then return back to make a glass of nescafe..slurrp.."perfect" i enjoyed the taste of nescafe while sitting in front of gerigi symphonia computer at hall.
"tangggg..." the back-room door was opened, "oh..abg anub,gud morning.." me said, smile on his face shown that he wants to enter the toilet.."i got stomach-ache last night" he said, kan aku dah ckp..hi2. after both had ablution, we pray together...

letih la plak tulih omputih ni, asik nk bpikir yo..dh tu grammar xyah ckp ar..wa main hentam je..

  Jam menunjukkan 6.30 pagi, smlm janji nk dtg ke rumah negeri tepat jam 7.00.."still got half an hour" ujarku sendiri, setelah chat ngn bbrp org awek, aku trus ke toilet utk mandi, siap2 utk ke Port Said..

apa yang aku tahu tentang port said ialah : 

- terletak di Muhafazah Dumyat sebelah utara Kaherah
-berhampiran dengan laut
-BUNDLE (tujuan utamaku)
-seafood

   
(dipendekkan cerita) 
  Setelah  perjalanan yg memakan masa hampir 3 jam itu, tibalah kami di Port Said, tidak terus ke bundle ttp kami terlebih dahulu melintasi ke port Fuad, utk lunch dan bersolat Jumaat..



Akademik ckett je..
sebelum pape aku nk bgtau ijma' para ulama menyatakan solat jumaat adalah Fardhu 'Ain. Ini adalah berdasarkan ayat Quran di dlm surah Al-Jumu'ah dan beberapa hadis sahih antaranya yang diriwatkan oleh Ibnu Mas'ud tentang kata-kata nabi kepada golongan yang meninggalkan solat jumaat" sesungguhnya amat penting bagiku untuk menyuruh lelaki bersembahyang bersama manusia kemudian membakar rumah lelaki-lelaki yang meninggalkan solat jumaat" -riwayat Ahmad dan Muslim.

Siapa yang wajib dan siapa yang x wajib?


YANG WAJIB - seorang muslim yang merdeka, berakal, mampu, tiada keuzuran membolehkan utk ponteng..
(penulis dan kwn2nya..sila amik perhatian!!!aku xpikir mengantuk satu keuzuran)


YANG X WAJIB :
1, 2 - perempuan dan kanak2 (golongan yg dipersetujui tanpa khilaf)
3     - orang yang SAKIT teruk
berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Thoriq bin Syihab r.a. nabi bersabda"Solat jumaat adalah hak yang wajib bagi setiap muslim untuk menyertainya kecuali 4 : hamba yang dimiliki @ perempuan @ kanak2 @ orang sakit"  Imam Nawawi mengulas hadis ini adalah sahih berdasarkan syarat Bukhari dan Muslim.
4, 5 - Penghutang yang TAKUT dikurung dan orang yang takut kepada hakim yang zalim.
berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn 'Abbas ketika Rasulullah mengecualikan golongan yang uzur daripada solat jumaat dan baginda ditanya: apakah uzur itu? sabda nabi: "takut dan sakit" riwayat abu daud dengan sanad yang sahih.

6   - Setiap KEUZURAN yang membolehkan kita utk tidak solat berjamaah spt: hujan, jalan berlumpur, sejuk dll..
diriwayatkan Ibn Abbas berkata kpd muazzinnya pada hari hujan : bila kau laungkan "asyhadu anna muhammadar rasulullah" maka lps tu jgn kau laungkan "hayya 'alas solah" laungkanlah:  "sollu fii buyutikum"(sembahyanglah kt rumah kamu) dan ketika itu ramai yang tak setuju dgn beliau lantas Ibn Abbas berkata: 'perkara ini telah dilakukan oleh orang yang lebih baik daripada aku(Rasulullah), sesungguhnya solat jumaat itu Fardhu dan aku tak suka kamu keluar dlm keadaan bertanah dan dalam keadaan licin'


7    - MUSAFIR seperti kitorang ni lah..
ada sebahagian qaul drpd mazhab Syafie' yg menyatakan sekiranya kita keluar sebelum waktu subuh, barulah boleh kalo xnk semayang jumaat.kalo musafir lepas subuh dah x boleh.
apa pendapat korang?
berdasarkan penelitian aku dlm bab ni, aku dapati pendapat kebanyakan ahlul 'ilmi dlm hal ni ialah TIDAK PERLU utk bersolat jumaat walaupun dia baru nak bertolak ketika waktu solat jumaat tu didirikan..
ini adalah berdasarkan perbuatan Nabi s.a.w. yang ketika bermusafir pada hari jumaat maka beliau tidak bersolat jumaat dan hanya bersolat zuhur dan asar secara taqdim, demikian juga perkara yang dilakukan oleh Khulafa' ar-rasyidin selepas baginda.


(dipendekkan cerita td..)


- aku berjaya beli 3 helai suar, 2 helai baju, 2 pasang stokin..
- xdpt mkn seafood.
- letih giler (coz jln sorg2)
- sampai umah pkul 12.30 pagi kalo x silap..
- pagi sok terkantoi subuh..


p/s: jangan tiggal solat...





Wednesday, October 7, 2009

Menghadiri Majlis Zikir...

Thursday, October 1st 2009, jam 3.30p.m aku bersolat asar secara berjamaah, berpakaian jubah putih(pinjam gerigi symphonia punye) dan terus menuju ke Rumah Negeri Sembilan Kaherah yang terletak di Hayyu Sabik..


Menanti kehadiran tramco yang berjanji akan tiba pada jam 5.00 petang yang akhirnya delay dan bertolak pada jam 5.45 petang ke Masjid "Soleh Al-Ja'fari" dimana majlis zikir berlangsung yang terletak di Darrosah berhampiran Kuliah aku di kaherah.




A short inroduction tentang Syeikh Soleh al-Ja'fari

- Dilahirkan pada 15 Jumadil-akhir 1328H di Danqola salah sebuah pekan di Sudan, ttp asal beliau ialah berketurunan Mesir, cuma keluarganya telah berhijrah ke sana.
-Kehidupanya penuh beragama, mentaati Allah dan mengikut Rasul s.a.w. Keluarganya terkenal dengan ilmu dan taqwa dan melakukan kebajikan.
-Beliau menuntut di University al-Azhar dalam jurusan bahasa arab dan memiliki Syeikh yang ramai Rodhiallahu 'anhum...
-Pernah terpilih menjadi Imam dan Guru di Masjid Azhar Syarif.
-Pengasas kepada Thoriqot Al-Ja'fariyah Ahmadiyah Muhammadiyah.
-Meninggal ketika berusia 71 tahun, pada tahun 1399H


sambung balik cite...

Setibanya di sana aku terus menuju ke saf utk solat sedangkan aku dlm keadaan hadas kecil..hish, trus keluar semula dari masjid dan menuju keluar..mana toilet ni?? kiri kot.. trus masuk makam syeikh soleh..hish mana ni?? kanan la kot..akhirnya berjaya menemui toilet..Aku berwudhuk dan trus solat masbuq dibelakang imam..
Selesai solat aku duduk memandang keadaan dalam masjid..'pergh..mewah gile masjid ni..' kataku dalam hati.Bahu aku di sentuh oleh kawan menyuruhku duduk di dlm halaqoh(grouping) berdekatan dengan pintu masuk masjid..


mula berzikir..

Round 1- Tekong zikir memulakan alunan zikir yang disusun Syeikh Soleh Al-Ja’fari didalam naskhah amalan2 zikirnya. Aku menemui beberapa zikir yang sabit dgn hadis yang sohih di dalamnya, “bagus2” ujarku di dalam hati, sambil itu berjalan beberapa org petugas masjid itu memberi naskhah zikir di hadapan saf-saf hadirin..aku membelek2 buku kecil yg diberi sambil ikut berzikir cket2..15 minit kemudian, 2 orang petugas mula menuang air dan memberi minum kepada hadirin yang berzikir menandakan zikir akan berlanjutan lebih lama..aku mula cemas...
Fuhh!!..zikir tamat seminit sebelum berkumandang waktu Isya’, aku, gerigi symphonia dan waghih keluar menuju ke kedai asob(air tebu) berdekatan sambil menghirup udara yang segar if u understand what I meant..



Round 2- Berkumpul semula di dalam halaqah selepas sahaja menunaikan solat Isya’ secara berjemaah. Mula membaca madih-madih( memuji nabi S.A.W.) dengan membaca syair yang ditulis oleh Syeikh Solih di dalam himpunan madihnya dalam pelbagai kitab. Masa ni la petugas2 masjid menjemput para hadirin untuk dinner di dewan makan, dah makan, naik semula sambung madih dan seterusnya supper dan dessert yang berbentuk manisan diberi di dlm halaqah madih.


COMMENT AKU :

I’m just a humble person, but I less agree of a few Stuff in this matter:

1- BERKUMPUL DAN MENGANGKAT SUARA KETIKA BERZIKIR

At first, senang citer perkara ini x berlaku di zaman Nabi s.a.w...Sebaik-baik petunjuk adalah yang mengikut cara Nabi s.a.w…

Di dalam kitab AL- UMM jilid satu karangan Al-Imam As-Syafi’e menceritakan perihal keadaan Nabi selepas solat, Baginda akan berpusing menghadap ma’mum, berzikir secara sirr(perlahan), dan membiarkan kaum wanita bangun dan balik dahulu. Imam Syafi’e mengulas hadis tersebut dan meletakkan pandangannya yang membenarkan kepada Imam untuk mengangkat suara ketika berzikir,bagaimanapun ia HANYALAH untuk mengajar ma’mum supaya berzikir selepas solat, jika selainya adalah makruh.
Antara yang menyokong hujah ini ialah halangan IBNU MAS’UD kepada satu golongan yang berzikir dengan mengangkat suara pada waktu sebelum terbit fajar ketika zaman ketiadaan nabi s.a.w?
Golongan ini berzikir, bertakbir dan bertahmid setiapnya 100 kali dengan mengangkat suara sebelum waktu Subuh.

ABU MUSA AL-ASY’ARI (R.A) yang memerhatikan keadaan itu melaporkan hal ini kepada IBNU MAS’UD yang lantas datang kepada mereka lalu berkata:

“Kiralah dosa2 kamu!! Wahai ummat Muhammad, mengapa begitu cepat kebinasaan kamu? Sedangakan bajunya(Nabi S.A.W.) belum lagi reput, dan pinggan mangkuknya belum lagi pecah..adakah kamu di atas jalan YANG LEBIH BERPETUNJUK daripada petunjuk yang di ajar nabi s.a.w.? ataupun kamu ini hanya pembuka pintu-pintu kesesatan..?”


2- MASJID MEMBUKA PEMBESAR SUARA LUAR UNTUK AKTIVITI2 ZIKIR.

Perkara ini telah ditegur oleh IBN-QAYYIM AL-JAUZIYYAH beberapa ratus tahun dahulu ketika mana belum wujud lagi pembesar suara. Perkara ini mungkin mengganggu warga sekeliling yang mempunyai aktiviti2 lain di waktu yang sama. Mungkin perkara ini belum dirasai oleh sebuah Negara Islam seperti Mesir ketika ini, tetapi kini laungan azan sudah dipertikaikan di Malaysia…Sangat cukuplah azan yang Allah perintahkan untuk di laungkan sebagai syi’ar(lambang) kepada Umat Islam di seluruh dunia, tak payah nak tambah dengan zikir2 dlm pembesar suara .. dan akhirnya ia akan dipertikaikan lalu azan juga akan dipertikaikan.. (untuk perhatian yang lebih kepada Negara yang rakyatnya ramai bukan Islam)..tonjolkan Islam yang Sebenar, bukan yang di tokok tambah, yang menyusahkan…


3- TERLALU BANYAK MENYEBUT NAMA SYEIKH DI DALAM ZIKIR.

Di dalam sebuah riwayat, nabi mendengar seorang sahabat berkata kepadanya: “Dengan apa yang Allah dan kau kehendaki” lantas nabi bersabda: “adakah engkau menjadikan aku ni sekutu bagi Allah? Katakanlah dengan apa yang Allah sahaja kehendaki”

So, aku tertarik nak tanya adakah mereka mengangkat syeikh mereka sama taraf dengan nabi atau para sahabat??..tentulah tidak, aku optimis, tetapi mungkin mereka terlalu melebihkan sesuatu lebih dari yang sepatutnya.
Bagaimanapun banyak juga perkara2 yang menepati sunnah berlaku di dalam majlis ini seperti:

1-Solat berjemaah
2-Berzikir dengan zikir-zikir yang ma’thur(warid daripada hadis)
3-Memberi makan
4- etc…


p/s: Kita selalu mengira baiknya sesuatu amalan itu berdasarkan banyak,lama dan ianya kelihatan baik, sebenarnya sebaik-baik amalan adalah yang diajar nabi s.a.w. kerana ianya adalah dari Allah yang memberi ganjaran kepada setiap amalan..ia juga menunjukkan sikap kita yang taat bukan sahaja kerana beribadat kepadaNya tetapi juga mengikut cara yang ditunjukkan olehNya...



*reference : x sempat nak buat revision n tengok buku rujukan. Bagaimanapun riwayat dan hadis yang dinyatakan adalah sabit daripada Nabi S.A.W.

Thursday, October 1, 2009

Pernah Kenal bRo ni?..MALCOLM X..

Oleh sbb kritikan yg bertalu2 aku terima disbbkan hangat2 taik ayam utk tulis blog ni...

Skang ni aku nak introduce Malcolm X @ El-Hajj Malik El-Shabazz kat korang..
Kenapa dia??!!

1- Beliau digambarkan salah seorang yang paling hebat dan yang paling memberi kesan  kepada masyarakat Afrika-Amerika(orang afrika yang berkulit hitam di Amerika) di dalam sejarah.  -( 100 Greatest African Americans: A Biographical Encyclopedia)

2- Salah seorang yang berperanan dalam perkembangan Islam kepada masyarakat kulit hitam di Amerika.-(Perry m/s 379)

3-  Kebanyakan masyarakat afrika-amerika yang tinggal di sebelah utara dan barat Amerika merasakan Malcolm X lebih mengambil berat tentang aduan ketidaksamaan dan kezaliman yang dilakukan kepada mereka daripada gerakan 'civil right' yang menjadi arus perdana ketika itu.-( Perry m/s 380)

 4- Antara pejuang pertama kepada Hak Kemanusiaan(Human Right), ketika mula bekerjasama dengan ketua gerakan Civil Right dan mengalih fokus organisasi tersebut kepada hak kemanusian.Dengan menunjukkan kesungguhan masyarakat afrika-amerika yang ingin mendapat hak kesamarataan dan kemudiannya menjadi isu antarabangsa yang membantu dalam hal ini.-( Malcolm X, Malcolm X speaks m/s 33-35)
  Antara petikan kata-katanya dalam perjuangan ini:
 "Power in defense of freedom is greater than power in behalf of tyranny and oppression, because power, real power, comes from our conviction which produces action, uncompromising action."


BIOGRAPHY


Dilahirkan di Omaha, Nebraska, Amerika Syarikat pada tahun 1925, bapanya Earl Little, salah seorang penyokong penuh kepada ketua Black Nationalist( parti kebangsaan orang kulit hitam )  iaitu Marcus Garvey. Earl yang bergiat di dalam 'civil right' kerap diugut bunuh dari satu organisasi 'mat saleh' yang terkemuka, Black Legion, memaksa keluarga Malcolm berpindah 2 kali sebelum umurnya 4 tahun..  

Sedihnya, cubaan untuk mengelak dari organisasi tersebut sia-sia apabila rumah mereka di bakar pada tahun 1929. Dua Tahun Kemudian, bapanya ditemui mati terbaring di atas laluan troli di pekan..Emaknya kemudian disahkan sakit mental akibat kematian suaminya yang dianggap berpunca dari organisasi Black Legion..Anak-anaknya terpisah ke rumah anak-anak yatim..

dah besar...(malas citer panjang2)

Mestila beliau ni bijak, kalau tak, tak mungkin aku cite pasal die ni...
masa beliau belajar kat sekolah dulu, guru beliau pernah komen pasal cita-citanya yang ingin menjadi lawyer: "no realistic goal for nigger" membuatkan beliau tak berminat dengan sekolah itu dan terus spent masa di Boston, buat kerja pelik-pelik dan kemudian ke Harlem, New York membuat jenayah keci-kecilan sehingga pada tahun 1942 Malcolm telah berjaya menguruskan bisnes pelbagai jenis dadah, pelacuran dan perjudian.
Selepas itu merengkok selama 7 tahun di dalam penjara akibat tuduhan menceroboh..

mula insaf...

Sudah menjadi anggota NOI(Nation Of Islam) ketika di dalam penjara dan mula belajar tentang NOI dengan ketua Elijah Muhammad, dilantik menjadi salah seorang ketua dan jurucakap di dalam NOI.Akhirnya mendapati penyelewengan sebenar di dalam NOI dan skandal ketuanya dengan 6 orang perempuan di dalam pertubuhan itu mendorong beliau memutuskan hubungan dengan kumpulan itu.

kebangkitan baru...

Selepas keluar dari NOI beliau pergi ke Mekah menunaikan haji, perjalanan ini menjanjikan perubahan kepada hidupnya.Untuk pertama kalinya beliau berkongsi pendapat dan kepercayaan dengan bangsa yang berbagai dan pulang ke Amerika dengan harapan yang baru.Kali ini beliau tidak hanya bercakap bagi pihak orang afrika-amerika sahaja, beliau kini mempunyai mesej untuk semua bangsa..
Pada tahun 1965,Beliau akhirnya mati ditembak sewaktu berucap di Manhattan ketika berusia 39 tahun.1500 orang menghadiri majlis pengebumiannya di Harlem.



Bullet holes in back of the stage where Malcolm X was shot (circled).




Finally...

Walaupun beliau ni asalnya pejuang kulit hitam tetapi beliau tetap akur dengan agama islam yang melarang kita untuk bersikap "patriotisme yang melampau"..
Aku nak share satu petikan daripada beliau ni yang berbunyi:

"You're not supposed to be so blind with patriotism that you can't face reality. Wrong is wrong no matter who does it or says it."


Kita sepatutnya mengambil iktibar daripada kata-kata ini, jangan kerana semangat kenegaraan atau kebangsaan, kita tolak orang lain ke tepi tanpa mempertimbangkan yang benar dan yang salah.

Sebenarnya aku nak tegur org yang sibuk2 sangat pasal kepentingan org melayu ni..letak dulu kepentingan org islam di depan..Insya Allah everything's gonna be fine..
nnti ada org jawab: "takrif org melayu ialah beragama islam,berketurunan melayu..."
Abis tu kalo orang melayu tu menganut agama kristian macamana??bangsa apa plak diorang tu?bangsa-bangsa bersatu?..

Tolong la wei...jgnla kaitkan bangsa dgn agama,x payah nk jadi pelik dari bangsa2 lain kt dunia ni..Islam tidak pernah berkaitan dengan melayu dan Islam tidak dikaitkan dgn bangsa arab melainkan bahasanya sbg bahasa perantara dan beberapa orang nabi yang diutuskan dari kalangan arab sahaja...



Wallahul muaffiq.


*biggest reference:  malcolm-x.org, wikipedia encyclopedia and quotationpage.com