Pages

ما جادلت أحدا الا تمنيت أن يظهر الله الحق على لسانه - الإمام الشافعي


"Aku tak berdebat dengan seseorang melainkan aku mengharapkan Allah menyatakan kebenaran di atas lisannya" -Imam Syafi'e-

Monday, February 8, 2010

Tak puas hati..


Seringkali kita berhadapan dengan puak-puak yg bajet dewasa lalu memanggil orang lain dengan :

1- Ah, ko budak-budak, pegi main jauh-jauh!!
2- Ish, ko budak lagi..ape tau?? Nak penampar?
3- Budak muda jgn campur, ni hal org tua-tua..
4- Ko budak lg, xder pengalaman..aku makan garam dulu..
Dan pelbagai2 cara lagi la yg dilakukan terhadap budak2 muda sehingga mereka merasakan diskriminasi dalam kehidupan sosial mereka..

Perkara ini tidak wujud dalam Islam sama sekali hatta para Sahabat Nabi yg terdiri dari cendekiawan adalah dari kelompok muda e.g. Ibn Abbas, Abdullah Ibn Abbas Al-Bahr, Hibrul ummah, Imam tafsir, sepupu Rasul s.a.w. ‘Berumur 10 tahun ketika Rasulullah wafat’ (riwayat Ahmad dari Sa’id bin Jubair, dinilai sahih). Diantara sahabat besar yang termuda tetapi menjadi rujukan kebanyakan sahabat di dalam menafsir Al-Quran.
(Siyar a’lamun nubala’, Imam az-zahabi)

Didalam surah Al-Kahf, Allah S.W.T. memuji pemuda-pemuda yang melarikan diri ke dalam gua demi mempertahankan akidah mereka yang lurus dari pemerintah yang zalim dan daripada masyarakat yang mensyirikkan tuhan mereka:
“..Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka” (18:13)

Sungguh, budak-budak walaupun kurang pengalaman, tetapi semangat dan jiwa yang masih bersih serta tiada terikat dengan sebarang kepentingan membuatkan nilaian yang cenderung kepada kebenaran dan hukuman yang lebih adil.

So, org2 tua ni jgnlah pandang kami ni sebelah mata jek..nak kene hentak??


Sekian, terima kasih.



Yang benar,


 Karim
……………………

(Karim bin Awang)
Pengerusi,
Cute Kindergarten Seremban 2.



s.k. – Guru Besar S.K. Sri Mawar, Senawang
         Kawan- kawan

2 comments: