Pages
ما جادلت أحدا الا تمنيت أن يظهر الله الحق على لسانه - الإمام الشافعي
"Aku tak berdebat dengan seseorang melainkan aku mengharapkan Allah menyatakan kebenaran di atas lisannya" -Imam Syafi'e-
"Aku tak berdebat dengan seseorang melainkan aku mengharapkan Allah menyatakan kebenaran di atas lisannya" -Imam Syafi'e-
Saturday, July 3, 2010
SEJARAH KITA YANG DIREKA!
‘ Kebanyakan mereka yang bercerita tentang kebesaran islam dan keadilannya, serta keteguhanya dalam kehidupan masyarakat islam terhenti sekadar zaman Khulafa’ ar-Rasyidin.Mendiamkan tentang cerita yang berlaku selepas itu seolah-olah hampir tiada langsung kebaikan atau kesempurnaan pada zaman selepasnya.
Sejarah adalah sebagai ingatan bagi satu-satu Umat, maka musuh-musuh Umat itu akan cuba memadamkan ingatan itu dengan memisahkan masa lampau dan melupakan kemuliannya. Sejarah juga perkara asas dalam mendidik anak-anak Umat, lebih-lebih lagi Umat yang mempunyai sejarah yang cemerlang…’ sinopsis kitab Tarikhuna Al-Muftaro ‘Alaih oleh Yusuf Al-Qorodhowi.
Doktor kesayangan ummat hari ini dalam bukunya berjaya menjawab beberapa penyelewengan sejarah umat islam yang bukan sahaja tulisan dan dakwaan para orientalis barat malah tulisan pemikir-pemikir islam dari negara islam itu sendiri!! antaranya:
1- Jawapan bagi dakwaan Syari’at Islam hanya bermula ketika era pemerintahan Umar al-Khattab.
2- Jawapan bagi dakwaan Hajjaj bin Yusuf as-Saqofi (gabenor bani Umayyah)yang tidak melaksanakan syariat islam.
3- Tentang tuduhan terhadap Umar bin Abd Aziz yang jahil dengan politik dan urusan pejabat.
4- Tentang perkataan Maududi yang keterlaluan tentang sejarah umat islam.
5- Tentang Sirah Mu’awiyah.
6- Dan banyak lagi..
Apabila bertimbun-timbun sangkaan buruk terhadap sejarah umat islam maka wujudlah syak terhadap agama islam itu sendiri..ini adalah antara punca kenapa cerdik pandai di barat dan di timur masih ragu tentang agama yang sangat jelas konsep akidahnya kalau nak dibanding agama-agama lain.
Kita amat memerlukan ‘ustad-ustad’ yang pakar dalam bidang mereka atau sekurang-kurangnya mampu menjawab persoalan-persoalan yang timbul seperti ini, bukan yang kuat tengok muvie, handal main bola, terer tangkap khalwat, suke buat lawak, hapal jalan mesir, hobi mendownload, pandai jual ubat, asyik wala’ dgn pmram dan Pas, suke maki org lain dan kutuk bangsa arab mesir …pastu bile update status fesbuk bajet ‘alim dan wara’….
**limakacawwaaa…!!** Cantonese stands for…I don’t know…but sounds gross.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
dalam byk2 kalimah yg u post tuh..i minat sgt ngan sentence "pastu bile update status fesbuk bajet ‘alim dan wara’…. suke sgt..tq2.. :P
ReplyDeleteMenarik. Saya sokong. Kita memang memerlukan tokoh-tokoh untuk menyerlahkan lagi kehebatan Islam. Tapi kalau tengok realiti kita sekarang, khususnya pelajar NS, macam mustahil je.. Macam mana nak buat ye?
ReplyDeleteMaaf,bagi saya ayat 'bajet alim wara' tu bukan menggambarkan seorang pelajar azhar.Sepatutnya kita menyokong untuk menyampaikan dakwah kepada orang lain.Tidak kira dengan apa cara sekali pun.Bagaimana pula kita dapat melaksanakan hadis nabi yang bermaksud 'sampaikan dariku walaupun satu ayat'.
ReplyDeleteyeah.. u rite.. aku sbnrnya bongkarkan rahsia diri ini..x caya tgk status aku..muahaha..
ReplyDeletekrel: knp suke ayat tu? nk kutuk la tu..
abg daniel: kita msti hidupkan kmbali jidal2 yg smakin ditggalkn oleh bdk2 n9..pastu wat syai, minum, pastu kite smbung la gelak2 balik..hi2