Pages

ما جادلت أحدا الا تمنيت أن يظهر الله الحق على لسانه - الإمام الشافعي


"Aku tak berdebat dengan seseorang melainkan aku mengharapkan Allah menyatakan kebenaran di atas lisannya" -Imam Syafi'e-

Thursday, July 22, 2010

Tolak Rasuah Punca Hidayah

'Utbah bin Rabi'ah sblm memeluk islam pernah cuba merasuah Rasulullah s.a.w. supaya mghentikan dakwah baginda ketika melihat bilangan Sahabat yg semakin bertambah dan dengan keislaman saidina Hamzah. antara kata2nya ialah:

يا ابن أخي إن كنت إنما تريد بما جئت به من هذا الأمر مالا ، جمعنا لك من أموالنا ، حتى تكون أكثرنا مالا ، وإن كنت تريد 
به شرفا سودناك علينا ، حتى لا نقطع أمرا دونك ، وإن كنت تريد به ملكا ملكناك علينا

terjemahan: 'wahai anak saudaraku, kalau harta yang kau kehendaki drpd dakwah ini, akan kami kumpulkan harta2 kami sehingga hartamu jadi lebih byk dr kami. jika kemulian yg kau mahukan, akan kami jdkn kau ketua kami shingga kami tidak akan putuskan apa2 keputusan tnpamu. jika kerajaan yg kau mahukan, akan kami jadikan kau raja kami.'

lalu Rasulullah membacakan ayat 1-5 daripada surah Al-Fussilat lalu beliau terdiam dan selepas daripada itu memeluk islam.


**********************

ambillah pengajaran bagi golongan agamawan hari ini...apabila kita ni pndai ceramah cket, mula ade pengaruh, org akan tawar mcm2 jawatan kt kite...kalo jawatan2 itu x mghalang untuk kita terus bercakap benar dlm myampaikan mesej islam itu tidaklah mengapa...amatlah malang jika perkara yg berlaku adalah sebaliknya.ingatlah, tindakan yg jujur mampu mendorong hati yg zalim ke jalanNya..

Saturday, July 3, 2010

SEJARAH KITA YANG DIREKA!



‘ Kebanyakan mereka yang bercerita tentang kebesaran islam dan keadilannya, serta keteguhanya dalam kehidupan masyarakat islam terhenti sekadar zaman Khulafa’ ar-Rasyidin.Mendiamkan tentang cerita yang berlaku selepas itu seolah-olah hampir tiada langsung kebaikan atau kesempurnaan pada zaman selepasnya.


Sejarah adalah sebagai ingatan bagi satu-satu Umat, maka musuh-musuh Umat itu akan cuba memadamkan ingatan itu dengan memisahkan masa lampau dan melupakan kemuliannya. Sejarah juga perkara asas dalam mendidik anak-anak Umat, lebih-lebih lagi Umat yang mempunyai sejarah yang cemerlang…’ sinopsis kitab Tarikhuna Al-Muftaro ‘Alaih oleh Yusuf Al-Qorodhowi.




Doktor kesayangan ummat hari ini dalam bukunya berjaya menjawab beberapa penyelewengan sejarah umat islam yang bukan sahaja tulisan dan dakwaan para orientalis barat malah tulisan pemikir-pemikir islam dari negara islam itu sendiri!! antaranya:


1- Jawapan bagi dakwaan Syari’at Islam hanya bermula ketika era pemerintahan Umar al-Khattab.


2- Jawapan bagi dakwaan Hajjaj bin Yusuf as-Saqofi (gabenor bani Umayyah)yang tidak melaksanakan syariat islam.


3- Tentang tuduhan terhadap Umar bin Abd Aziz yang jahil dengan politik dan urusan pejabat.


4- Tentang perkataan Maududi yang keterlaluan tentang sejarah umat islam.


5- Tentang Sirah Mu’awiyah.


6- Dan banyak lagi..


Apabila bertimbun-timbun sangkaan buruk terhadap sejarah umat islam maka wujudlah syak terhadap agama islam itu sendiri..ini adalah antara punca kenapa cerdik pandai di barat dan di timur masih ragu tentang agama yang sangat jelas konsep akidahnya kalau nak dibanding agama-agama lain.


Kita amat memerlukan ‘ustad-ustad’ yang pakar dalam bidang mereka atau sekurang-kurangnya mampu menjawab persoalan-persoalan yang timbul seperti ini, bukan yang kuat tengok muvie, handal main bola, terer tangkap khalwat, suke buat lawak, hapal jalan mesir, hobi mendownload, pandai jual ubat, asyik wala’ dgn pmram dan Pas, suke maki org lain dan kutuk bangsa arab mesir …pastu bile update status fesbuk bajet ‘alim dan wara’….




**limakacawwaaa…!!** Cantonese stands for…I don’t know…but sounds gross.