صحيح البخاري))
Makna hadis: “Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat, dan Ceritakanlah apa yang menjadi I’tibar mengenai Bani Israel (kejadian yang benar atau yang tidak diketahui salah - lafaz imam Syafie) dan tidak mengapa kalau tidak menceritakannya, dan Sesiapa yang berdusta ke atasku secara sengaja,maka dia sedang menyediakan tempat duduknya di dalam Neraka.
Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani ketika mensyarahkan frasa yang terakhir (..ومن كذب علي)berkata:
“Telah sepakat para ‘ulama tentang pendustaan kepada Nabi s.a.w. adalah termasuk dari Kabair(dosa-dosa besar).dan amat jahillah dakwaan sebahagian ahli zuhud yang menganggap pendustaan ke atas nabi itu harus dalam perkara-perkara yang menguatkan urusan agama.kerana sesungguhnya wa’iid (janji buruk)dari nabi ini ke atas sesiapa yang sengaja berdusta ketika menaqalkan apa-apa dari nabi samada untuk kebaikan atau keburukan.Segala puji bagi Allah sesungguhnya agama itu telah sempurna dan tidak perlu dikuatkan lagi dengan perkara-perkara yang dusta.
(Fathul bari oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani, Dar Misr lit thiba’ah)
Kecilkan Skop - Kita orang melayu ni sering mengajar anak cucu kita dengan pembohongan, contoh.:
1- Cara ajar supaya tidak keluar malam: “ko keluar la malam ni, nenek kebayan ada kt pondok tepi surau tu malam2 mcmni la..”
2- Cara ajar supaya duduk elok2: “jangan duduk atas bantal ! bisul buntut tu nanti..”
3- Cara mententeramkan dapur dari suara2 sumbang: “nyanyi time2 masak ni orang cakap kawen dgn orang tua..”
Begitulah kita ni, akhirnya anak-anak kita membesar dengan perkara2 yang salah dan khurafat.
So, saya dengan ‘humble’nya menyeru family and friends supaya kita bersihkan segala tipu helah dan kepalsuan yang membelenggu kita selama ini, tak kiralah ianya untuk kebaikan atau kebajikan. Sama-samalah kita sebagai 21st century generation ni bangun membetulkan kesalahan2 yang lama. Sekian.
p.s: aritu org arab tanya aku: “simpang mana jalan pergi ke Morog? aku cakap “belok kiri..” konfiden jek.. padahal Morog pun aku xtau kt mana..ha3..! xmo tipu lagi lps ni..insap2.