'Utbah bin Rabi'ah sblm memeluk islam pernah cuba merasuah Rasulullah s.a.w. supaya mghentikan dakwah baginda ketika melihat bilangan Sahabat yg semakin bertambah dan dengan keislaman saidina Hamzah. antara kata2nya ialah:
يا ابن أخي إن كنت إنما تريد بما جئت به من هذا الأمر مالا ، جمعنا لك من أموالنا ، حتى تكون أكثرنا مالا ، وإن كنت تريد
به شرفا سودناك علينا ، حتى لا نقطع أمرا دونك ، وإن كنت تريد به ملكا ملكناك علينا
terjemahan: 'wahai anak saudaraku, kalau harta yang kau kehendaki drpd dakwah ini, akan kami kumpulkan harta2 kami sehingga hartamu jadi lebih byk dr kami. jika kemulian yg kau mahukan, akan kami jdkn kau ketua kami shingga kami tidak akan putuskan apa2 keputusan tnpamu. jika kerajaan yg kau mahukan, akan kami jadikan kau raja kami.'
lalu Rasulullah membacakan ayat 1-5 daripada surah Al-Fussilat lalu beliau terdiam dan selepas daripada itu memeluk islam.
**********************
ambillah pengajaran bagi golongan agamawan hari ini...apabila kita ni pndai ceramah cket, mula ade pengaruh, org akan tawar mcm2 jawatan kt kite...kalo jawatan2 itu x mghalang untuk kita terus bercakap benar dlm myampaikan mesej islam itu tidaklah mengapa...amatlah malang jika perkara yg berlaku adalah sebaliknya.ingatlah, tindakan yg jujur mampu mendorong hati yg zalim ke jalanNya..
Pages
ما جادلت أحدا الا تمنيت أن يظهر الله الحق على لسانه - الإمام الشافعي
"Aku tak berdebat dengan seseorang melainkan aku mengharapkan Allah menyatakan kebenaran di atas lisannya" -Imam Syafi'e-
"Aku tak berdebat dengan seseorang melainkan aku mengharapkan Allah menyatakan kebenaran di atas lisannya" -Imam Syafi'e-
Thursday, July 22, 2010
Saturday, July 3, 2010
SEJARAH KITA YANG DIREKA!
‘ Kebanyakan mereka yang bercerita tentang kebesaran islam dan keadilannya, serta keteguhanya dalam kehidupan masyarakat islam terhenti sekadar zaman Khulafa’ ar-Rasyidin.Mendiamkan tentang cerita yang berlaku selepas itu seolah-olah hampir tiada langsung kebaikan atau kesempurnaan pada zaman selepasnya.
Sejarah adalah sebagai ingatan bagi satu-satu Umat, maka musuh-musuh Umat itu akan cuba memadamkan ingatan itu dengan memisahkan masa lampau dan melupakan kemuliannya. Sejarah juga perkara asas dalam mendidik anak-anak Umat, lebih-lebih lagi Umat yang mempunyai sejarah yang cemerlang…’ sinopsis kitab Tarikhuna Al-Muftaro ‘Alaih oleh Yusuf Al-Qorodhowi.
Doktor kesayangan ummat hari ini dalam bukunya berjaya menjawab beberapa penyelewengan sejarah umat islam yang bukan sahaja tulisan dan dakwaan para orientalis barat malah tulisan pemikir-pemikir islam dari negara islam itu sendiri!! antaranya:
1- Jawapan bagi dakwaan Syari’at Islam hanya bermula ketika era pemerintahan Umar al-Khattab.
2- Jawapan bagi dakwaan Hajjaj bin Yusuf as-Saqofi (gabenor bani Umayyah)yang tidak melaksanakan syariat islam.
3- Tentang tuduhan terhadap Umar bin Abd Aziz yang jahil dengan politik dan urusan pejabat.
4- Tentang perkataan Maududi yang keterlaluan tentang sejarah umat islam.
5- Tentang Sirah Mu’awiyah.
6- Dan banyak lagi..
Apabila bertimbun-timbun sangkaan buruk terhadap sejarah umat islam maka wujudlah syak terhadap agama islam itu sendiri..ini adalah antara punca kenapa cerdik pandai di barat dan di timur masih ragu tentang agama yang sangat jelas konsep akidahnya kalau nak dibanding agama-agama lain.
Kita amat memerlukan ‘ustad-ustad’ yang pakar dalam bidang mereka atau sekurang-kurangnya mampu menjawab persoalan-persoalan yang timbul seperti ini, bukan yang kuat tengok muvie, handal main bola, terer tangkap khalwat, suke buat lawak, hapal jalan mesir, hobi mendownload, pandai jual ubat, asyik wala’ dgn pmram dan Pas, suke maki org lain dan kutuk bangsa arab mesir …pastu bile update status fesbuk bajet ‘alim dan wara’….
**limakacawwaaa…!!** Cantonese stands for…I don’t know…but sounds gross.
Saturday, June 12, 2010
Amerika Akan Terus Bela Negara Haram Israel? Kenapa?
Malas tul nak tulis blog time2 pekse ni..however, I feel responsible to share a small information tentang kristianiti lepas tengok Christian Documentary yang bertajuk ‘Waiting for Armageddon’.
(Fun Fact: I dont feel I have more than 3 viewers who interested in my writings..poor me.)
Antara spekulasi2’ kenapa Amerika sentiasa bela Israel’ yang biasa kita dengar:
1- Ekonomi Amerika di kuasai Israel.
2- Politik mereka di kuasai oleh israel.
3- Amerika memiliki ramai penduduk Israel di sana.
4- Amerika Adik-beradik dgn Israel.
5- Mereka berdua adalah Dajjal.
6- Freemason?
7- Screw them! I don’t care!
I assume none of them are true accept the ‘number one’ according to American economy, but its also an assumption.. I can easily prove none of the reasons listed are true. Try me..
Macamanapun, aku membawa satu ‘fakta’ kenapa Amerika yang majoritinya Kristian pasti membantu tanah haram Israel dalam apa jua keadaan: (quoting dari bible bdasarkn tafsiran mulut paderi kristian)
1- Tertulis di dalam bible bahawa ‘Jesus’ akan turun di Jerusalem ketika Armageddon (pertempuran terakhir antara baik dan jahat sebelum kiamat – oxford dict.) yang mana keluar juga padanya ‘Satan’ dan ‘antichrist’.
2- Ketika keluarnya Jesus di Jerusalem, penganut kristian percaya bahawa negara itu sedang di kuasai oleh orang Israel dan ratusan ribu orang Israel akan memeluk kristian. (the bible clearly predict that in the centre of middle-east Israel must exist as a Nation on it’s original land at the Last Days –padre) (‘The land shall not be sold forever: for the land is Mine’ – Leviticus 25:23)
3- God tetap menyayangi kaum Israel kerana keturunan yg terus dari Abraham (Nabi Ibrahim) dlm ajaran kristian, buktinya : Setiap kuasa yang bangkit lalu memusuhi/menghapuskn kaum Israel telah tiada spt: Syrian, Babylon, Nazi..etc. tetapi Israel tetap ‘survive’ seolah2 mesej dr God bahawa Dia tetap menyayangi kaum ini walaupun mereka tidak menerima Jesus. (we wonder if the god still saying :‘they are the apple of my eye, I have put my blessing upon them, those who bless them will be blessed and those curse them i will judge -padre”
Kesimpulan: Sebab utama Amerika yang mempunyai majoriti penduduk beragama Kristian akan terus menyokong negara haram Israel adalah disebabkan faktor AGAMA KRISTIAN itu sendiri, di samping faktor2 yang lain.
******************************
Tahukan Anda?
1- Evangelical/Conservative Christian menyumbang sebanyak 75 juta USD setiap tahun kepada Israel.
2- Perbezaan Identiti antara Christian dan Jew adalah disebabkan Jew tidak menerima Jesus.
3- Ketika George W. Bush cuba bertegas dengan sikap buruk Israel, Conservative Christian melancarkan kempen email kpd presiden U.S.A. terhadap sikapnya itu yang dinamakan ‘One Hundred Thousand Evangelical’ dan White House selepas dr kejadian itu akan mendengar suara dari puak ini.
4- Batu yang terletak di dalam Masjidil Aqsa hari ini atau nama kristiannya “The Foundation Rock” dipercayai oleh kristian sebagai batu asas bumi sebelum God mencipta segala apa yang terdapat di bumi ini, demikian kepercayaan Jew.
*****************************************
Seorang gadis kristian ketika ditemu ramah berkata: ‘I believe in ‘The Rapture’ and I always wanna be the part of it, but I want to be like 85, it doesn’t seem fair when you have grand-parents that live their long life and they have so much story to tell….’
*Idiot…!!*
Friday, April 30, 2010
Bersihkan Imej Agama Dari Segala Kepalsuan.
Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr, sabda Nabi s.a.w:
"بلغوا عني ولو آية, وحدثوا عن بني اسرائيل ولا حرج, ومن كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار"
Makna hadis: “Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat, dan Ceritakanlah apa yang menjadi I’tibar mengenai Bani Israel (kejadian yang benar atau yang tidak diketahui salah - lafaz imam Syafie) dan tidak mengapa kalau tidak menceritakannya, dan Sesiapa yang berdusta ke atasku secara sengaja,maka dia sedang menyediakan tempat duduknya di dalam Neraka.
Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani ketika mensyarahkan frasa yang terakhir (..ومن كذب علي)berkata:
“Telah sepakat para ‘ulama tentang pendustaan kepada Nabi s.a.w. adalah termasuk dari Kabair(dosa-dosa besar).dan amat jahillah dakwaan sebahagian ahli zuhud yang menganggap pendustaan ke atas nabi itu harus dalam perkara-perkara yang menguatkan urusan agama.kerana sesungguhnya wa’iid (janji buruk)dari nabi ini ke atas sesiapa yang sengaja berdusta ketika menaqalkan apa-apa dari nabi samada untuk kebaikan atau keburukan.Segala puji bagi Allah sesungguhnya agama itu telah sempurna dan tidak perlu dikuatkan lagi dengan perkara-perkara yang dusta.
(Fathul bari oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani, Dar Misr lit thiba’ah)
Kecilkan Skop - Kita orang melayu ni sering mengajar anak cucu kita dengan pembohongan, contoh.:
1- Cara ajar supaya tidak keluar malam: “ko keluar la malam ni, nenek kebayan ada kt pondok tepi surau tu malam2 mcmni la..”
2- Cara ajar supaya duduk elok2: “jangan duduk atas bantal ! bisul buntut tu nanti..”
3- Cara mententeramkan dapur dari suara2 sumbang: “nyanyi time2 masak ni orang cakap kawen dgn orang tua..”
Begitulah kita ni, akhirnya anak-anak kita membesar dengan perkara2 yang salah dan khurafat.
So, saya dengan ‘humble’nya menyeru family and friends supaya kita bersihkan segala tipu helah dan kepalsuan yang membelenggu kita selama ini, tak kiralah ianya untuk kebaikan atau kebajikan. Sama-samalah kita sebagai 21st century generation ni bangun membetulkan kesalahan2 yang lama. Sekian.
p.s: aritu org arab tanya aku: “simpang mana jalan pergi ke Morog? aku cakap “belok kiri..” konfiden jek.. padahal Morog pun aku xtau kt mana..ha3..! xmo tipu lagi lps ni..insap2.
صحيح البخاري))

Wednesday, April 28, 2010
you are so going down..
1-Sebahagian orang x rasa sensatif dgn cerita2 rekaan yg kelihatannya agak *bodoh* cuba mengaitkan nama Allah, para rasul dan anbiya'..though diorang ni student agama.(umum)
2- cerita2 rekaan yg berunsur agama ini kononnya nak memberi 'targhib'(galakan) dalam ibadah, menambahkan rasa cinta seseorang kpd sang pencipta n etc ni akhirnya akan menjadi cerita2 bodoh yang akan dipertikai org2 kafir dan orientalis, example given: " Nabi Sulaiman dan sang kancil" "nasihat Luqman kepada si Joha"..
3-Kehebatan seorang nabi (Sulaiman a.s) yang diberi Allah mu'jizat menguasai kerajaan yang besar dan tidak ada manusia akan pernah menguasai sepertinya(menguasai jin dan manusia) akhirnya menjadi bahan lucu kanak2..
4-Begitulah seterusnya, cerita2 rekaan yang cuba mengaitkan mimpi,ilham,berkata2 dgn Allah,berjumpa nabi,bertanya malaikat ini semua akhirnya hanya memburukkan agama..
5-Matlamat Targhib(galakan) kepada agama itu benar..jalannya salah,kerana ianya rekaan dan bohong dan palsu. 'the end not justify the mean"
6-Antara tanda2 Hari Qiamat sabda Nabi s.a.w: "..Berkata ketika itu golongan Ruwaibidhoh.ditanya apa itu ruwaibidhoh?nabi menjawab: Orang selekeh berkata tentang hal-hal orang ramai"
p.s 1: for me article "xyah nak josh sgt" orang yang agak selekeh dlm hal agama disebabkan beberapa statement didalamnya dan sepatutnya tidak diketengahkan..
p.s 2 : nothing personal, i love deen Islam..im gonna stand for it whatever it takes..luv u too..

Tuesday, April 27, 2010
menggelabah jek..
Aku teringat dgn pepatah arab:
“orang yang kelam-kabut tu tiada laluan yang boleh dia dipintas, dan kedudukan yg boleh dia tetap”
kenapa perlu kelam-kabut?
bagi orang2 yang cool dan awesome mcm aku, perkara2 ni jarang berlaku dalam apa jua situasi..
Contoh 1 :
Situasi: AZAN BERKUMANDANG……
Reaksi budak nakal :
eh, dah masuk waktu isya’? sambil buzz! Buzz! awek2 kt chatroom..Qomat kang baru la amik air smayang..Eh dah qomat? La..sape pulak dlm bilik air waktu2 kritikal mcmni…? Bai!! Cepat la cket..!!lalu bergegas amik air semayang cepat2 dan terus lari pegi surau..angkat takbir mengah2 sdg imam sudah bertahiyyat akhir..
Reaksi budak cool :
eh,baru nak azan? sambil log-in fesbuk..hari ni rasa macam jahat je..esok2 je la semayang jemaah..
Contoh 2 :
Situasi: BULAN DEPAN EXAM….
Reaksi budak lain:
esok mula study!! ish..Kalaulah bulan lepas dah start study…mesti cair gila skang nih..
Reaksi budak cool:
Hari khamis ade kelas x? Berapa harga kitab ko tu eks..?
p.s: what?? tambang gi kuliah dah naik?
Wednesday, April 21, 2010
Semakin Hari Semakin Bertambah..++
semalam 12 jam..
hari ni 14 jam..
***********
cilake! lama giler aku tdo!!
hari ni 14 jam..
***********
cilake! lama giler aku tdo!!
Friday, April 16, 2010
isu panggilan AYAH!!
1. 2 buah keluarga duduk rumah yang sebelah-menyebelah
2. anak keluarga masing2 memanggil bapa mereka dgn "AYAH" dan "ABAH"
3. satu hari, keluarga yang memanggil nama bapa mereka dgn pggilan "ABAH" telah menukar pggilan itu kpd "AYAH" akibat terpengaruh dgn jiran rumah sblh..
4. keluarga yg mmg dr awal mggunakan pggilan "AYAH" td telah membangkang perbuatan jiran sblh ini dgn meminta mereka utk menukar semula kpd pggilan "ABAH" .
5. bila ditanya kenapa?
mereka menjawab:
"takut anak2 saya ni keliru dgn pggilan baru itu lalu menyangka awak adalah bapa mereka"
p/s: kita umat yg keliru ...

Sunday, March 14, 2010
TUNDUK PADA KEBENARAN...
الكبر بطر الحق وغمط الناس" – رواه مسلم........."
Permulaan Hadis : “Tidak masuk syurga sesiapa yang ada dalam hatinya sebesar zarah daripada takabbur,.....
.....takabbur itu menolak kebenaran dan menghina orang lain” –(riwayat muslim)
si A,B,C,D dan E sedang berbual2, si A sering kali kene drop dgn kwn2nya kerana ke’dunguannya’ tentang kehidupan sosial dan isu semasa..tiba2 topik mereka masuk dlm bab agama..
A kata : dlm masalah fiqh, qaul yg paling tepat dan yang paling hampir dengan nas ialah qaul dr mazhab hanbali..(misalnya)
B kata : ah!! Ko mcm terer je..ko mujtahid ke?
C kata: ntahnye, mazhab sendiri pun x abis blaja lagi..
D kata: x sudah2 nak bertekak masalah feqah org2 agama skang ni..
E kata: balik2 masalah furu’, cuba la bincang pasal politik ke, tamadun ke..barulah maju cket..
…dan pelbagai2 kritikan lagi..
1- Sedarkah anda yang A menyampaikan fakta apatah lagi jika disertakan dgn nas al-quran atau hadis.
2- Kenapa perlu emosi? Adakah disebabkan si A yg bengap, lurus dan x mandi 2 hari, lalu tidak diterima cakapnya walaupun Nas dibacakan? atau adakah mereka memandang rendah masalah agama berkaitan fiqh?
3- Tidak!! Mereka tidak memandang rendah masalah fiqh dan tidak juga menolak Nas yg dibacakan sebenarnya, mereka hanya xsukakan si A dan sikapnya apatah lagi untuk meng’ia’kan kata2 beliau..
Nasihat:
-Jangan ditolak mentah2 cakap si A kerana anda bukan tunduk kepadanya, tetapi anda tunduk kepada Nas dan kebenaran fakta yang diperkatakan.
-Ahlul kitab dari kalangan yahudi juga tidak mahu menerima kebenaran nabi s.a.w.(sedangkan mereka lebih tahu) hanya kerana yang membawanya adalah seorang arab.
-Adakah anda menolak Nas dan meremehkannya hanya kerana sikap angkuh dan takabbur anda??
jaga-jaga…
Tuesday, March 9, 2010
fed-up!
Kalau nak ikutkan pengalaman yg lps2, SUMPAH!! aku dh MALAS nk wat apa2 tournament sukan lg..
tp bila tiap2 kali aku berfikir tentang tournament2 yg aku penah buat..aku jd bersemangat..siap nk improvise lg sgala kecacatan yg lampau..

Bodoh betul, kau penat2 buat kertas kerja,fikir bajet, fikir keadaan tournament, submit kertas keje kt org atas, pastu buat persiapan macam2…talipon sana-sini….Last2, org lain nak xnak je masuk bertanding…
Pastu kalo ko menang xper jugak..asik kalah je..pastu x dpt pape..
Pastu balik muka x puas ati..tensen..sakit ati..lapar…..
Esoknya bangun lambat, terlepas subuh..kene qodho’ pastu kene kira duit, buat laporan kewangan..
Macam gampang rasanya kan…..
**************************************
Hari tu ‘BOS’ (pengerusi UMNO-Cairo) suruh aku buat tournament sukan….
Aku cakap terus terang je dgn bos:
'in the face' die kene beb...mesti bebulu punyelah...!
*************************************
Yang dah siap sekarang ni:
- 2 kertas kerja sukan yang berlainan..
- Surat lantikan ketua unit
- minit yang akan dibentang pada mesyuarat pertama.
- Design: medal, saguhati penganjur n piala kejohanan
p/s: pinggang aku bengkak kene sepak ngn bos...aduih..!

“AKU XMAU BUAT DAH!! AKU MALAS!! AKU PENAT!!”
'in the face' die kene beb...mesti bebulu punyelah...!
*************************************
Yang dah siap sekarang ni:
- 2 kertas kerja sukan yang berlainan..
- Surat lantikan ketua unit
- minit yang akan dibentang pada mesyuarat pertama.
- Design: medal, saguhati penganjur n piala kejohanan
p/s: pinggang aku bengkak kene sepak ngn bos...aduih..!
Sunday, March 7, 2010
2 soklan..
soalan 1 : apesal nak kene pandang tempat lain jugak?
soalan 2 : ko bkn budak UMNO Cairo ke?
jawapan : keh keh keh!!
Friday, February 26, 2010
Friday Nite or Saturday Mornin?
ooh.. Saturday morning…
After having a cup of coffee, I was thinking of going to jawwazat*, hopefully will get my visa after 3 months being ‘immigrant without permission’
PASSPORT check!!
CASH check!!
HANDPHONE check!!
MP3 check!!
BOOK (to read while waiting) check!!
Everything set, ciao!!
……………………………………………………………………….
Hmm………..
Still thinking……………….
Are u gonna wait behind 80 students who desperately need their visa’s and willing to kill each others to have it?
True, you’re not gonna wait unless you’re total psycho or whatsoever..better step aside and leave them behind..Besides, my pillow is already missing me and I should not let her down…(miss you too pillow!!)
So long suckers…!
Real fact:
-- I went to immigration office at 8.00 a.m. which is quite late here though I’m not sleep at night.
-- Mama* needs at least 20 minutes to approve each passport.
-- (20mins x 80 passports = it will be great if u try next week..Jerk!!)
*jawwazat= imigresen/pusat rasuah
*Mama= Freak who works there

Wednesday, February 24, 2010
Dunia Gosip...
Gossip Girl Here--
Your One And Only Source Into The Scandalous Lives Of Manhattan's Elite.
as: Jenny
Your One And Only Source Into The Scandalous Lives Of Manhattan's Elite.
Starring by:
as: Jenny
and Who Am I ??
that's the secret i will never tell..
you know you like me..
-xoxo Gossip Girl
author responds : Damn!! You're Hot's..
Monday, February 8, 2010
Tak puas hati..
Seringkali kita berhadapan dengan puak-puak yg bajet dewasa lalu memanggil orang lain dengan :
1- Ah, ko budak-budak, pegi main jauh-jauh!!
2- Ish, ko budak lagi..ape tau?? Nak penampar?
3- Budak muda jgn campur, ni hal org tua-tua..
4- Ko budak lg, xder pengalaman..aku makan garam dulu..
Dan pelbagai2 cara lagi la yg dilakukan terhadap budak2 muda sehingga mereka merasakan diskriminasi dalam kehidupan sosial mereka..
Perkara ini tidak wujud dalam Islam sama sekali hatta para Sahabat Nabi yg terdiri dari cendekiawan adalah dari kelompok muda e.g. Ibn Abbas, Abdullah Ibn Abbas Al-Bahr, Hibrul ummah, Imam tafsir, sepupu Rasul s.a.w. ‘Berumur 10 tahun ketika Rasulullah wafat’ (riwayat Ahmad dari Sa’id bin Jubair, dinilai sahih). Diantara sahabat besar yang termuda tetapi menjadi rujukan kebanyakan sahabat di dalam menafsir Al-Quran.
(Siyar a’lamun nubala’, Imam az-zahabi)
Didalam surah Al-Kahf, Allah S.W.T. memuji pemuda-pemuda yang melarikan diri ke dalam gua demi mempertahankan akidah mereka yang lurus dari pemerintah yang zalim dan daripada masyarakat yang mensyirikkan tuhan mereka:
“..Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka” (18:13)
Sungguh, budak-budak walaupun kurang pengalaman, tetapi semangat dan jiwa yang masih bersih serta tiada terikat dengan sebarang kepentingan membuatkan nilaian yang cenderung kepada kebenaran dan hukuman yang lebih adil.
So, org2 tua ni jgnlah pandang kami ni sebelah mata jek..nak kene hentak??
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Karim
……………………
(Karim bin Awang)
Pengerusi,
Cute Kindergarten Seremban 2.
s.k. – Guru Besar S.K. Sri Mawar, Senawang
Kawan- kawan
Tuesday, December 15, 2009
وفقنا الله
سيقوم الإمتحان .....................
Believe it or not, I took more than 3 minutes to write 4 words above. Never once did any assignment in Arabic by computer... all by my hand, and I have a bad hand-writing…
Anyway, my first intention writing here is to aware myself of an “examination” which just around the corner…less than a month I thought… to pass with flying colors this time… I need miracle!!
Difference with any other university in the world, Al-Azhar in Egypt doesn’t care of your attendances, assignments n etc… meant that, we don’t have any carry marks in our exam, 200 percent depending on paper that we’ll take… what if we sick that day? The question has no answer…just pray not to.
Only those who at least failed in 2 papers will come up to the next year .15 subjects (at least) for each year…how could that possible??
Will someone who most of his time playing, watching movies, ‘facebooking’, sleeping (oh, I love it..) success n able to get an honor?
I tell u what, I woke up at 5 in the morning if we supposed to play Takraw at 7..
Otherwise, if the class begins at 9, or our study group began while I’m awake…hardly to be there…and I skipped most of the time…
Sorry Ma and Da, I disappoint you…me sucks.
P/s:
Believers and some Disbelievers said: “everything happen for reasons”…
**************************
Owh...I’m happened to play n sleep instead study for reasons…now I know...
Tuesday, December 1, 2009
Dato' Mufti...
“setiap orang diterima cakapnya dan ditolak, kecuali pemilik maqam ini (lalu mengisyaratkan ke arah maqam Nabi s.a.w.)” –Imam Malik r.a.
November 26th and 29th, 2009:
-Gotong-royong apartment milik Kelab UMNO Keherah di Raba’ah sempena kedatangan seorang Mufti ke kelab ini untuk memberi ceramah berkenaan pengorbanan di Hari Raya Aidil Adha ini.
November 30th, 2009:
-Kedatangan Prof Madya Dr. Jamil Hasyim (Pengarah MSD, Cairo)
-Kedatangan wakil-wakil Embassy
-kedatangan Dato’ Mufti dan rombongan.
-aku datang lepas diorang sume dh sampai, terhegeh2 bawak wayar speaker yg akhirnya x berguna disebabkan laptop ezo yg suddenly terpadam. Sebelum ke sana, sempat lagi aku main 5-6 frame takraw kt umah negeri Sembilan, siap pekena nasik berlauk kari kambing la lps tu..pempelahan kayuh beb..
Ceramah start…
Terus bgn dari tempat duduk audience, buat2 sibuk angkat lauk-pauk di bahagian persiapan makanan..bila ternampak tetamu yg kelewatan tiba (terutamanya dr kalangan gadis-gadis manis) aku escort kan diorg ke dewan ceramah.. nmpk mcm org penting cket dan pasti membuatkan mereka terpikat dgn aku yang memakai jubah seolah orang arab badwi yang kehilangan untanya…
Ke hulu ke hilir tidak tentu arah, “ah..kacau anak2 Kaksu ni la” hatiku berbisik. Duduk di bahagian paling belakang audience sambil bermain dgn 3 orang budak yg lingkungan umur mereka masih belum mampu beristinjak dgn tangan sendiri itu tanpa menghiraukan perasaan tetamu yg lain…
Aku menolak tiga2 ekor budak ni ke tepi bila mufti cakap:
“pasal Dr Asri yang ditangkap tu mendapat perhatian yg amat meluas..”
“dalam masa yang sama majlis peguam dan NGO2 Islam juga menolaknya, bahkan kebanyakan mufti2 dari byk negeri juga menolak beliau..”
“fahaman wahabbi yg dibawa tidak menerima khilaf dan hanya mengatakan satu qaul iaitu dr masyaikh mereka shj yg benar..”
“sedangkan kalo kita belajar di Al-Azhar ni ada sehingga 4, 5 aqwal dlm satu2 perkara itu..”
“mereka mengatakan kenduri arwah itu Bid’ah, susah kita nak jawab tu, so, itulah peranan kita sebagai pelajar Al-Azhar untuk membidas hujah2 mereka..”
“saya ada baca kitab yang membolehkan perkara-perkara seperti ini, ada kitab tu pada saya, cuma saya x sempat nak menulis tentang perkara2 ni..”
************************
************************
dua hari gua gotong-royong prepare utk majlis ni beb…selambe kutuk idol gua..huh..grr…
Hasyiah:
1)PGSM yg anta memorandum kpd YDPA, adalah tandatangan tidak lebih dr beberapa individu menggunakan nama pertubuhan tersebut..dan dah tarik balik secara rasmi pun..tuduhan2 dlm tu pun x berasas..xkan xtau??
2)Dr Asri xpernah bwk fahaman Wahabbi.. tak terima khilaf dan hanya terima satu qaul? Ini satu pembohongan..
3)mengenai kitab yang mengharuskan kenduri arwah tu, aku boleh tunjukkan kitab yang tidak mewajibkan perempuan untuk berhijab..asal dlm kitab je belum tentu boleh pakai kan?
So, ini sahaja perkara aku kurang setuju dgn mufti tersebut dan rasanya perlu dijelaskan. Selain, mufti ini terlalu banyak jasa beliau terhadap agama Allah ini dan kedudukan beliau yang tinggi disisiNya..
Nota kaki:
Untuk kengkawan UMNO, wa xdak tujuan nak memburukkan mana2 pihak, tetapi kebenaran yg lebih wa cenderung..
Hari ni December 2nd, 2009 nak kene in-charge bahagian persiapan dewan utk pembentangan kertas kerja mufti tersebut kt dewan ARMA… keh3..

Tuesday, November 24, 2009
AZAN SEBELUM BERMUSAFIR? PERLU KE?
“Siapa yang mengada-adakan perkara pada urusan agama ini apa yang bukan dari kami maka dia tertolak” (riwayat Bukhari dan Muslim)
example given : Azan waktu keluar dari rumah sebelum bertolak ke Mekah, student melayu yang hendak pulang ke Malaysia selepas graduate di Al-Azhar juga tak melepaskan peluang melakukan pekara yang sama.
Problemnya, mana datangnya budaya ni?? bukankah Azan ni termasuk dari perkara ‘ta’abbud’ (yang berkaitan dgn ibadah)??
Penjelasan:
-Ibadat bermula dengan ‘Haram’, haram melakukan ibadat melainkan ada Nas Al-Quran atau Hadis yang menyuruh kita untuk melakukannya.
-Ini berlawanan dengan perkara Mu’amalat (bersifat kehidupan seharian) ia bermula dengan ‘Harus’, harus melakukan/ makan/ main sesuatu sehingga jelas ada Nas yang mengharamkannya.
AZAN
1)Sebab di Syariatkan Azan:
Sepertimana yang kita tau, Azan disyariatkan untuk menyeru manusia supaya berkumpul untuk tunaikan solat menggantikan loceng (sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, At-Tirmizi, Ibnu Majah, Ahmad dan Ibnu Khuzaimah dari Abdullah Bin Zaid Bin Abdi Rabbih)
2)Definisi kebanyakan Ulama’ tentang azan:
“Pemberitahuan tentang masuknya waktu solat, dengan lafaz-lafaz yang tertentu, sebagai seruan untuk berjamaah, menzahirkan Syiar Islam.”
(Fiqh Sunnah, Sayyid Sabiq)
3)Kesimpulan:
Azan ni memang tiada kait mengait dengan bermusafir atau selainnya, ia hanya berkait rapat dengan Solat. So, janganlah kita jadi orang yang menambah2 syiar ummat Islam ni di tempat2 yg x sepatutnya…naik kapal terbang pun nak azan, kapal laut pun azan jgk, nk pegi jauh cket pun azan…etc.
Aku tertarik dengan ulasan bekas mufti Mesir Syeikh Muhammad ‘Abduh di dalam kitab (Al-Khaniyyah) ketika mengulas zikir dan selawat pada awal atau akhir azan :
“dan apa-apa yang di sebut selepas atau sebelum azan semuanya adalah dari orang2 yang membuat bid’ah, melakukannya untuk membuat kesalahan, tiada sebab lain, tiada seorang pun yang mengatakan boleh kesalahan mcm ni, tiada teladan bagi siapa yg mengatakan ‘perkara seperti ni adalah bid’ah hasanah’, kerana bid’ah dalam ibadat seperti ini adalah keji…”
Ini adalah ulasan seorang ‘Alim berkenaan hanya menambah selawat dan zikir sebelum/selepas azan, macamana pula dengan mengumandangkan Azan bukan di tempat dan waktunya??
Moral: hang pikiaq la sendiri…

Saturday, November 14, 2009
Tiba2 rasa nak komen PMRAM

Firman Allah: “Dan janganlah kamu ikuti perkara yang kamu tiada pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan jiwamu, setiapnya akan ditanya” (al-isra’:36)
Mula2 aku sampai Mesir tahun 2006 dulu, ramai senior2 yg tanamkan perasaan benci aku kpd PMRAM. Walaupun begitu, aku tetap yakin dan percaya bahawa PMRAM lah akan mnjadi ‘saviour’ kepada seluruh mahasiswa di Mesir suatu hari nanti…aku pernah menjadi ejen kpd ahli2 PMRAM di rumah n9 kaherah ketika pilihanraya kecil diadakan untuk melantik YDP dan ahli exco rumah negeri..ini adalah tanggungjawabku untuk memastikan masa depan Islam terus bercahaya di kediaman ini!!
Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari..tahun 2008, aku jadi ahli UMNO kaherah dan terus naik jd Exco seterusnya melancarkan perang saraf terhadap PMRAM..(saraf2 aku banyak yg rosak dlm peperangan ini..)
Shoot…nasib aku malang, UMNO semakin lemah lepas pilihanraya Mac 2008, BN hilang 5 negeri jajahan di Malaysia. Aku redho dan pasrah, oleh itu aku resign dari jwtan exco pd tahun 2009 untuk bergiat secara individu..
Atuk aku selalu pesan, die kata “you will never know something until you rub your nose with it”..setelah menggosok hidung ku di tempat2 seperti ini, barulah aku tau, kedua2 pihak ada betul, ada salah…yg penting kita jgn jd ekstrimis mana2 pihak..
Berfikirlah secara Adil dan bertindaklah secara Adil..ianya lebih di tuntut dlm islam drpd mengiakan kata2 pimpinan yg kononnya ‘alim, siqoh dan kacak tu..
Student melayu di Al-Azhar amnya sangat berpengetahuan luas dlm segi hukum halal haram, sunat wajib dan makruh harus..tetapi cara berfikir yang lurus dan satu hala membuatkan mereka kelihatan begitu jumud dan slow ketika dunia sedang memperkatakan tentang globalisasi dan liberalisasi..
Bagi mereka hanya ada hitam dan putih, jika salah satu benar, satu lagi mesti salah..lg senang kalo bg contoh : kalau PAS betul, UMNO mesti salah..what a shallow..macam tu je ke seorang mahasiswa berfikir??..selekeh beb..
Seruan ke arah pemikiran yang pelbagai tetapi masih fundamental (masih berdasarkan nas quran dan sunnah) patut didokong oleh pelajar2 yg menuntut di peringkat University apatah lagi sekiranya mereka berada di oversea dan bukan ditolak, ditohmah, lalu mengatakan “ini salah..” “ini sesat..”
As long mereka bergerak dalam jamaah yang tidak menyalahi Al-Quran dan Sunnah apatah lagi ianya diasaskan utk memperkasa jamaah Islamiyah tidak sepatutnya kita memusuhi dan sentiasa mengkritik gerakan itu..lebih jelas lg kalau aku katakan bdk2 PMRAM ni tak payahla nak kutuk ISMA ke, ABIM ke.. pantang diorg aktif cket, korang nak jeles..korang je ke yang betul?
kata Ibn Mas’ud: ‘Jamaah itu ialah bersama yang benar walau engkau berseorangan.’
Kita kena sedar dalam dunia akademik, percambahan dan kematangan sesuatu perkara itu berlaku apabila terdapat perselisihan tentangnya..apabila jelas kesesatan sesuatu gerakan itu, kita sisihkan. Perlu diingat bahawa ia jelas sesat apabila menyalahi Quran dan Sunnah bukan sbb tak kene dgn selera kita atau tok guru kita atau kumpulan kita lalu kita ‘cop’ sesuatu kumpulan itu sesat..
Komen tentang PMRAM?
Positive : Satu persatuan yang bagus dan mantap dari segi program yang dianjurkan, pentadbiran dan ekonominya.
Negative : cuba meng’conquer’ semua student di Mesir supaya tunduk kepadanya kerana merasakan diri satu2nya persatuan yg Islamic dan perlu ditaati.
Komen tentang Ahli PMRAM?
Positive : memiliki ahli2 yang sanggup bekerja tanpa upah demi memertabatkan PMRAM.
Negative : merasakan diri sendiri sahaja yang benar dan mahu mengajak orang lain supaya mengikutinya.
Komen tentang exco PMRAM?
Positive : memiliki ciri2 sbg seorang pemimpin dan kebanyakannya berkhidmat dgn cemerlang sbg seorang exco.
Negative : berlagak seperti seorang exco kerajaan negeri yang mendapat gaji dan elaun puluhan ribu.
Komen tentang JPMK yang membatalkan majlis Kutub Sittah di ACC dan mencurik banner DESAK?
Untuk JPMK : Ade kuasa lalu menggunakan kuasa atas sbb provokasi pihak pembangkang.
Untuk PMRAM : tiada kuasa tetapi berlagak seperti berkuasa lalu ditindas..
Untuk DESAK : tak perlulah buat kerja bodoh ni lain kali sbb memorandum anda pasti tidak akan dilayan pihak atasan..
p/s: “sume salah, aku je yg betul..” kata penulis lalu pergi membasuh kaki dan masuk tidur.. “so long and good nite!!”
PLEASE REMEMBER WHAT FIRST (PRWF)..
Why me even here in Egypt?
1- tour around Africa?
2- looked smarter when back to Malaysia?
3- To have a better sleep?
4- Watching Hollywood movies more often?
5- To be some kind of politician?
6- Making friends?
7- To play takraw? futsal?
Persoalan yang timbul setiap hari dlm kepala otak aku bila masuk dlm toilet ketika qodho hajat..dan resolusi aku setiap kali sebelum beristinjak ialah.. “I’ll study harder!!”
Sungguh taik..!! It won’t happen! n it will never happen ..dasar pemalas..
Sometimes I used to say: ‘kembalikanlah semangat aku yang dahulu”..bila pikir2 balik, bila masa aku semangat?ade ke?
Aku cuba mngigatkan diriku melalui tulisan blog ini bahawa aku dtg ke sini utk menuntut Ilmu.. menghabiskan pengajian bahasa arab di university Al-Azhar yang gah ini, bertalaqqi sbrp byk kitab yg aku mampu..
p/s: ngantuk la plak..tido jap..zzz..

Tuesday, November 3, 2009
Global Warming? Cerita benar seorang Geologist
Cerita apa nak tengok hari ni? Selepas membelek2 folder ‘knowledge’ dlm hard-disk aku ni aku ternampak satu filem National Geographic bertajuk ‘six degrees could change the world’
Persoalan yang ditimbulkan:
1-What will we do about the Global Warming?
2- What will happen to the earth if we don’t?
Apa masalahnya kalau dunia ni panas cket?
1- Ais2 di seluruh dunia akan cair.
e.g. di Greenland, ais disana sekiranya cair skrg ni mampu meningkatan setinggi 7 meter paras laut skarang ni.
2- kawasan pertanian yg subur menjadi padang pasir.
3- kawasan yg sejuk menjadi panas
Apa punca sbnr Global Warming ni?
Satu punca yag paling besar iaitu Co2 ataupun Carbon dioxide.
Kata salah seorg pakar dr NASA, James Hensen:
“Doubling the Co2 guaranteed the global disaster, dangerous level is about 450 part per million while we already at 383..”
Kita sememangnya telah mggandakan perlepasan carbon dioxide ke atmosfera sejak beberapa dekad ini melalui:
1-pernafasan (pertambahan penduduk bumi sehingga lebih 6 billion pada hari ini)
2-Asap kereta, kilang, mesin, bakar sampah dll..
3-Pembakaran bahan mentah untuk penghasilan Tenaga Elektrik (penyumbang terbanyak)
Jika sekiranya suhu bumi TURUN kpd 6 degree..’ICE AGE’ akan berlaku mcm dlm cite kartun tu..
Bagaimana pula sekiranya berTAMBAH 6 degree? Setiap degree yg berubah mempunyai kesan yg berlainan..
Bagaimana pula dgn 2 degrees?
1-ais di Greenland akan hilang sbb cair.
2-hutan pine-needle banyak yg mati.
3-hutan baru akan tumbuh di kawasan ais yg sudah cair di Canadian tundra.
4-pulau pasifik, Tuvalu akan lenyap di bawah paras air.
3 degrees??
1-Ais di arctic cair semuanya dan setiap masa adalah summer..
2-hutan di Amazon kering seluruhnya
4-‘snow-capped’ di kemuncak alps sudah tiada lagi.
5-ribut el-nino akan lebih kerap berlaku
6-Mediterranean dan sebahagian eropah akan bercuacakan panas terik yg serius
4 degrees??
1-paras laut naik mendadak dan mengambil tempat billion penduduk antaranya Bangladesh, Mesir, Venus dll.
2-Glaciers(permukaan ais) hilang seluruhnya membuatkan sumber bekalan air bersih dunia kehilangan utk selama2nya
3-Utara Canada yg dulunya ais semata2 menjadi zon agriculture yg paling subur.
5 degrees?
2-Bandar2 terbesar di dunia akan kekeringan spt: Los Angeles, Cairo, Bombay dll.
3-Mangsa drpd cuaca ini meningkat sehingga ratusan juta
6 degrees?
1-Dari jauh lautan kelihatan biru tp sbenarnya itu adalah ‘marine waste land’
2- padang pasir tersebar di seluruh permukaan bumi seperti askar yg menakluk bumi.
3- bencana alam menjadi perkara biasa.
4-bandar2 besar di dunia banjir dan ditinggalkan.
Conclusion:
-kebanyakan rumah lebih byk membazir tenaga elektrik/gas drpd yg digunakan.
Sbg contoh tv yang sentiasa di ‘on’ elektriknya (dlm keadaan standby) menggunakan hampir 109 watt atau RM60 setahun.
So, berjimatlah guna elektrik selain menjimatkan wang ia juga dapat menyelamatkan kita dari global warming..
p/s: penat dol terjemah ni..tolonglah dgr nasihatku utk kebaikan bersama.. hik2..
Persoalan yang ditimbulkan:
1-What will we do about the Global Warming?
2- What will happen to the earth if we don’t?
Apa masalahnya kalau dunia ni panas cket?
1- Ais2 di seluruh dunia akan cair.
e.g. di Greenland, ais disana sekiranya cair skrg ni mampu meningkatan setinggi 7 meter paras laut skarang ni.
2- kawasan pertanian yg subur menjadi padang pasir.
3- kawasan yg sejuk menjadi panas
Apa punca sbnr Global Warming ni?
Satu punca yag paling besar iaitu Co2 ataupun Carbon dioxide.
Kata salah seorg pakar dr NASA, James Hensen:
“Doubling the Co2 guaranteed the global disaster, dangerous level is about 450 part per million while we already at 383..”
Kita sememangnya telah mggandakan perlepasan carbon dioxide ke atmosfera sejak beberapa dekad ini melalui:
1-pernafasan (pertambahan penduduk bumi sehingga lebih 6 billion pada hari ini)
2-Asap kereta, kilang, mesin, bakar sampah dll..
3-Pembakaran bahan mentah untuk penghasilan Tenaga Elektrik (penyumbang terbanyak)
Jika sekiranya suhu bumi TURUN kpd 6 degree..’ICE AGE’ akan berlaku mcm dlm cite kartun tu..
Bagaimana pula sekiranya berTAMBAH 6 degree? Setiap degree yg berubah mempunyai kesan yg berlainan..
Sekiranya bertambah 1 degree:
1- ais di arctic akan cair dan membuka laluan kapal antara utara dan barat.
2- 10 drpd ribuan penempatan yg berhampiran akan dinaiki air
3-taufan akan melanda di south-atlantic
Bagaimana pula dgn 2 degrees?
1-ais di Greenland akan hilang sbb cair.
Terlalu byk ais cair, polar bear susah utk survive.
2-hutan pine-needle banyak yg mati.
3-hutan baru akan tumbuh di kawasan ais yg sudah cair di Canadian tundra.
4-pulau pasifik, Tuvalu akan lenyap di bawah paras air.
3 degrees??
1-Ais di arctic cair semuanya dan setiap masa adalah summer..
2-hutan di Amazon kering seluruhnya
4-‘snow-capped’ di kemuncak alps sudah tiada lagi.
5-ribut el-nino akan lebih kerap berlaku
6-Mediterranean dan sebahagian eropah akan bercuacakan panas terik yg serius
4 degrees??
1-paras laut naik mendadak dan mengambil tempat billion penduduk antaranya Bangladesh, Mesir, Venus dll.
2-Glaciers(permukaan ais) hilang seluruhnya membuatkan sumber bekalan air bersih dunia kehilangan utk selama2nya
3-Utara Canada yg dulunya ais semata2 menjadi zon agriculture yg paling subur.
5 degrees?
1-Dua zon yg luas tanpa habitat akan tersebar dari hemisfera selatan hingga utara.
2-Bandar2 terbesar di dunia akan kekeringan spt: Los Angeles, Cairo, Bombay dll.
3-Mangsa drpd cuaca ini meningkat sehingga ratusan juta
6 degrees?
2- padang pasir tersebar di seluruh permukaan bumi seperti askar yg menakluk bumi.
3- bencana alam menjadi perkara biasa.
4-bandar2 besar di dunia banjir dan ditinggalkan.
Conclusion:
-kebanyakan rumah lebih byk membazir tenaga elektrik/gas drpd yg digunakan.
Sbg contoh tv yang sentiasa di ‘on’ elektriknya (dlm keadaan standby) menggunakan hampir 109 watt atau RM60 setahun.
p/s: penat dol terjemah ni..tolonglah dgr nasihatku utk kebaikan bersama.. hik2..
Subscribe to:
Posts (Atom)